Nuffnang

KEPUTUSAN SUKAR : Najib Akui Dilema Seorang Sahabat!!!


“Kalau atas dasar seorang sahabat, tidak mungkin saya mengambil keputusan yang luka lagi melukai. Namun, bak kata kearifan Inggeris, jika anda ingin menyenangkan hati semua orang, akhirnya tiada siapa yang akan senang hati,”.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sering terpaksa membuat beberapa keputusan dengan berat hati dan keras demi survival dan kepentingan parti.

Najib yang juga Presiden UMNO, berkata antaranya rombakan kabinet bagi memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam membina kesepakatan dan kesetiaan, semoga satu pasukan yang padu berasaskan tanggungjawab bersama sebagai satu saf atau pasukan yang mantap lagi jitu.

Ini kerana, perjuangan UMNO bukan hanya di Semenanjung, tetapi juga membantu rakan seperjuangan dalam Barisan Nasional (BN) dalam usaha membela nasib rakyat di Sabah dan Sarawak, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya yang bertemakan “UMNO: Menyempurnakan Sebuah Perjuangan” semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Khamis.


“Hampir setiap masa saya dihadapkan dengan pelbagai dilema dan punya tiada pilihan, bahkan terpaksa membuat keputusan-keputusan yang berat dan keras, namun demi kepentingan parti setelah disepakati secara syura oleh Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Oleh itu, atas nama survival dan kepentingan parti, tindakan-tindakan tertentu terpaksa dengan berat hatinya diambil, katanya.

Najib pada 28 Julai lepas, mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, turut digugurkan daripada kabinet baharu itu.


KESETIAAN TUN ISMAIL

Kekosongan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada Majlis Taklimat Presiden parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi nyata aneh dan petanda jelas ketidakserasian hubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Najib dalam temubual bersama akhbar The Star berkata, beliau nyata kecewa dengan tindakan Muhyiddin dan akhirnya memaksa beliau mengugurkan Timbalan Presiden UMNO itu dari barisan menteri kabinet.

Memberi analogi hubungan Presiden dan Timbalan Presiden antara Tun Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abd Rahman, Najib berkata kepercayaan Muhyiddin terhadapnya nyata berbelah bahagi.

Katanya, sewaktu Tun Razak mendapati dirinya dijangkiti leukaemia, hanya dua individu mengetahui perkara itu iaitu isteri Tun Razak dan Tun Ismail sendiri.

Walaubagaimanapunkata Najib, Tun Ismail meninggal dunia lebih awal dan rahsia tersebut dibawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu hingga ke liang lahad.

Tambahnya lagi, begitulah tingginya tahap kepercayaan antara Perdana Menteri dan orang kanannya pada ketika itu.

Sementara itu Najib Razak dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 hari ini mengingatkan supaya semua ahli UMNO perlu bersatu padu, termasuk Timbalan Presiden parti sebagai usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti.

Najib dalam ucapannya memetik Perlembagaan UMNO yang menyatakan peranan seorang Timbalan Presiden adalah untuk membantu tugas-tugas Presiden, selain perlu mengikut saluran yang betul dalam menyuarakan pandangan.

“Berbalik kepada situasi semasa UMNO, dimaktubkan dalam perlembagaan parti bahawa, amanah besar dan tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang Presiden, melalui fasal 9.8.1, adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.

“Manakala, fasal 9.8.2, dengan terang secara harafiahnya, memperincikan tanggungjawab dan amanah utama, bagi seorang Timbalan Presiden itu, fasalnya itu menyebut, “Timbalan Presiden membantu tugas-tugas Presiden.

“Manakala, bagi fasal 9.83 pula, tanggungjawab dan amanah Naib-naib presiden itu dinyatakan sebagai,… “Naib-Naib Presiden itu kerjanya membantu tugas-tugas Presiden,” kata Najib dipetik dalam ucapan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Najib bagaimanapun tidak menyebut nama “Timbalan Presiden” itu, namun ia jelas ditujukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini memegang jawatan tersebut.

Sejak kebelakangan ini, Muhyiddin dilihat semakin lantang mengkritik kepimpinan Najib ekoran beberapa isu kontroversi termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib turut menyeru ahli-ahli UMNO supaya teguh berdiri dibelakangnya dan memegang dasar-dasar parti.

“Manakala, bagi fasal 9.83 pula, tanggungjawab dan amanah Naib-naib presiden itu dinyatakan sebagai,… Naib-Naib Presiden itu kerjanya membantu tugas-tugas Presiden”.

“Merujuk kepada ahli-ahli pula,… fasal 6.1.1 dan 6.2.1, antara intipatinya menyatakan bahawa, tanggungjawab dan hak “Ahli-Ahli UMNO” ialah memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya serta berhak mengemukakan pendapat kepada parti, tetapi mestilah melalui saluran yang betul,” katanya.
Share this article

2 Komen:

  1. ini bukan keputusan sukar...ini sukar buat keputusan.....Soalan nya....kenapa tak bgtau awal awal duit derma dah masuk.....lambat dah....

    Try PAS perintah pulak laa ye.....PRU 14 kita nengok laaa

    BalasPadam
  2. Pandai ke Pas nak memerintah.....tengok kelantan je cukuplah.....kalu kau penyokong PAS jangan menyemak kat blog sini boleh tak.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top