Nuffnang

LICIK : Muhyiddin Dan Shafie Mangsa Percaturan Tun Mahathir?


Permusuhan Tun Mahathir keatas Dato Seri Najib masih tiada nampak tanda-tanda penyelesaian yang positif.

Pelbagai andaian,pelbagai spekulasi,pelbagai teori konspirasi didedahkan dengan apa yang telah berlaku berdasarkan kritikan,fitnah dan serangan-serangan Tun Mahathir keatas Parti dan Kerajaan hari ini.

Umum mengetahui, Tun Mahathir memulakan serangan kasar keatas Dato Seri Najib sebaik sahaja, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim masuk ke Penjara Sungai Buloh.

Kita dapat melihat sebelum Anwar di penjarakan, Tun Mahathir dilihat masih lagi bersama, tak silap penulis pertemuan terakhir ialah ketika peringkat Akhir Le Tour De Langkawi dimana Tun Mahathir duduk semeja dengan Dato Seri Najib.

Saat selepas itu, Tun Mahathir,rancak menyerang Dato Seri Najib dengan mengunakan medium media sosial.

Strategi Tun mudah, ketika ahli UMNO didalam mood Mesyuarat Bahagian, Tun dilihat mengadakan sidang media atau menulis didalam blog setiap hari Isnin. Ini dilihat sebagai usaha menaikan kemarahan ahli, dan sudah pasti akan ada ahli yang termakan dengan tulisan Tun Mahathir sekali gus mereka yang terpedaya akan membalun pimpinan parti didalam mesyuarat bahagian yang rata-rata diadakan setiap Jumaat hingga Ahad.

Beberapa bulan lalu, Tun Mahathir dilihat keseorangan, tiada pimpinan UMNO yang berani sambut. Akan tetapi selepas sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan Jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Mahathir sudah mula mendapat sokongan dari orang no 2 Parti dan seorang Naib Presiden.

Cuma, Tun Mahathir mungkin agak terkejut dengan tindakan Drastik, Dato Seri Najib yang berani menggugurkan orang no 2 dia.

Jadi, jika Dato Seri Najib berani membuang dengan selamba orang no 2 beliau, yang tiada no dalam pimpinan parti, janganlah poyo atau angkuh sangat dengan berkata Dato Seri Najib tidak akan berani membuat apa-apa.

Setelah dilihat strategi yang disusun Tun Mahathir sehingga berjaya menarik 2 orang penting dalam landskap Politik UMNO, agenda tersembunyi dari gerakan yang dimula Tun Mahathir sudah mula dibaca.

Apa Agenda tersebut?

Pernahkah anda melihat Menteri Besar Kedah, Muhkriz berada dimana-mana program Tun Mahathir dan sidang media Tun Mahathir?

Kemuncak program bolehlah dikatakan di Kampung Baru tempoh hari. Kenapa Muhkriz tidak hadir memberi sokongan walhal ahli UMNO sudah boleh menjangkakan arah sokongan Muhkriz ketika ini.

Politik TS Muhyiddin dilihat semakin gelap, politik DS Shafie Apdal pun masih samar-samar sekarang ni.

Dato Seri Zahid sudah mula dilihat sebagai Calon Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang maka, kerusi Naib Presiden sudah ada satu kekosongan.

Jika TS Muhyiddin mahu mencuba nasib Politik, beliau dilihat akan bertanding jawatan Presiden dan DS Shafie Apdal dijangka akan melawan Dato Seri Zahid Hamidi dalam jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

Maka disini sudah ada dua kekosongan jawatan Naib Presiden dan hanya Dato Seri Hsihamuddin sahaja yang tinggal untuk jawatan tersebut?

Dua kekosongan,........ BACA LAGI
Share this article

1 Komen:

  1. Dah agak dah...dari mula lagi, serangan kerling kerala ni adalah untuk kelangsungan politik anak lembab dia.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top