Nuffnang

"LOW YAT 2" : Adakah Bukan Melayu Akan Sahut Seruan Menteri Ini?


“Walaupun pusat beli-belah ini hanya menempatkan peniaga Melayu, saya berharap masyarakat bukan Melayu juga akan datang ke sini dan menyokong pusat beli-belah ini,” kata Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian pelancaran ‘Low Yat 2′ di bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Pembukaan Pusat Beli-belah Digital ‘Low Yat 2′ pada Selasa bukan bersifat rasis tetapi bertujuan untuk membantu Bumiputera memajukan diri dalam bidang perniagaan tersebut.

Sehubungan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob mahu semua tanpa mengira kaum memberikan sokongan kepada peniaga sama seperti orang Melayu yang bersikap terbuka apabila membeli belah.

“Pelanggan Melayu ‘buta warna’ apabila membeli-belah, mereka tidak melihat kaum apabila mereka memilih untuk membeli-belah.

Ismail Sabri pernah dikritik dan dituduh rasis selepas menyuarakan pandangan untuk membuka ‘Low Yat 2′.

“Bila saya cadangkan idea itu, mereka panggil saya rasis. Mereka yang tahu niat asal saya, sedar apa yang dilakukan adalah hanya untuk membantu Bumiputera. Ia selaras dengan tujuan sebenar MARA seperti yang dibayangkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Malah saya sedang meneruskan legasi Tun Razak,” kata Ismail Sabri lagi.

Cadangan menubuhkan sebuah pusat beli-belah digital Bumiputera wujud selepas insiden pergaduhan pada 22 Julai lalu di luar bangunan Low Yat Plaza di Bukit Bintang.

Pergaduhan itu dikatakan berpunca apabila seorang pelanggan dituduh mencuri telefon bimbit, yang akhirnya membawa pergaduhan sehingga suspek diberkas sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, Pengerusi Mara, Annuar Musa juga menegaskan bahawa idea Ismail Sabri tidak bersifat perkauman tetapi sekadar untuk membantu usahawan Melayu dalam bidang perniagaan telekomunikasi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top