Nuffnang

TU DIA!!! Hj Hadi Dah Gabra!!!


Aduhhh... Apa la nak jadi dengan Presiden PAS seorang ni? Pendirian sentiasa berubah-ubah yang pastinya mengelirukan para penyokong PAS. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ADUN PAS di Selangor memberi sokongan kepada Menteri Besar Azmin Ali demi mempertahankan kerajaan negeri yang dibina atas kepercayaan rakyat.

Beliau berkata kerjasama PAS dengan rakan komponen Pakatan Rakyat di negeri itu dalam kerangka mengekal kedudukan kerajaan memerintah dan meneruskan khidmat kepada rakyat.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS Pusat telah pun memberikan arahan kepada Datuk Iskandar Abdul Samad selaku pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk mengarahkan seluruh Ahli Dewan Undangan PAS Negeri Selangor supaya terus bersama dengan Datuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini," katanya.



Berikut adalah kenyataan penuh Hadi:-

Kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sesungguhnya menyedari bahawa iklim kerjasama yang dibina dalam Pakatan Rakyat pada waktu ini adalah pada tahap yang paling mencabar dan berdepan dengan perbezaan prinsip yang memerlukan penyelesaian yang adil bagi memenuhi aspirasi seluruh rakyat yang mahukan perubahan.

Bagi PAS, muafakat asal yang dibina adalah kebersamaan dalam perkara yang dipersetujui dan menjadi kepentingan bersama, manakala dalam masa yang sama mengiktiraf kewujudan perbezaan pandangan dan prinsip perjuangan parti masing-masing dalam kalangan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian PAS terhadap kerjasama dalam PR adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS yang baharu sahaja berlangsung. Antaranya dinyatakan dengan jelas, bahawa “PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah”; dan juga nyata termaktub dalam Perlembagan PAS [Fasal 7(1)] bahawa hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ ulama dan Qiyas.

Ingin saya pertegaskan bahawa, kerjasama PAS dengan komponen dalam PR di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

Sehubungan dengan itu juga, PAS Pusat telah pun memberikan arahan kepada YB Datuk Iskandar Abdul Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco) untuk mengarahkan seluruh Ahli Dewan Undangan PAS Negeri Selangor supaya terus bersama dengan YAB Datuk Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top