Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PELIK!!! Katanya Yang Takut Najib, Tapi Mengapa Tun Pula Yang.....


Seperti mana tradisinya setiap tahun, kabinet Malaysia akan mengadakan majlis berbuka puasa dimana semua bekas Perdana Menteri adalah antara kenamaan yang dijemput hadir ke majlis tersebut.

Mungkin ada yang menyangkakan pada tahun ini Datuk Seri Najib tidak akan menjemput Mahathir ke majlis tersebut atas alasan yang cukup jelas - kritikan berulang-ulang bekas Perdana Menteri tersebut ke atas peribadinya,keluarganya dan pentadbirannya.

Tapi sangkaan itu meleset kerana Najib dikatakan meneruskan tradisi dengan menjemput Mahathir seperti mana biasa, cuma Mahathir saja yang ikut maklumatnya tidak mahu datang.

Persoalannya, kenapa Mahathir tidak mahu datang? Bukankah ini masanya yang cukup baik untuk Mahathir merungkai segala persoalan yang terbuku di hatinya mengenai pelbagai isu seperti 1MDB dan sebagainya dengan Perdana Menteri, tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu seperti mana biasa?

Apa yang Mahathir takutkan?

Jika sekalipun maklumat ini salah dan Mahathir memang tidak dijemput, Mahathir boleh sahaja hadir tanpa diundang, malah ambil alih majlis itu dan jadikan majlisnya - macam tak biasalah pulak.

Apa pun, ketidak hadiran ini menunjukkan Mahathir sebenarnya tidak ada isu yang mahu penjelasan dari Perdana Menteri, dia hanya mahu melihat Perdana Menteri letak jawatan dan diganti dengan siapa pun yang boleh menjadi boneka untuk kepentingannya dan kroni-kroninya.

Sebab itu Mahathir meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan tanpa memberi peluang untuk Perdana Menteri memberi penjelasan terlebih dahulu atas segala tuduhan dan persoalan yang dilemparkannya.

Najib mahu dihukum Mahathir tanpa diberikan pembelaannya, macam itulah lebih kurang diringkaskan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top