Nuffnang

PAKATAN : Wan Azizah Seperti Hadi - Masih Berharap!!!


Daripada segi semangatnya, gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat (PR) itu masih wujud, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Katanya, sekretariat PR dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperasi.

"Di semua negeri PR, ia masih bekerja, walaupun Pulau Pinang tidak lagi menamakannya PR.

"Tetapi daripada segi hubungan kerja, ia masih diteruskan. Kerana, ketua menteri berkata, kerja dijalankan seperti biasa," katanya merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ditanya sama ada mereka masih boleh bekerja sama dalam keadaan yang agak janggal dan bermusuhan, Dr Wan Azizah memberitahu wartawan di Pulau Pinang, berdasarkan semua kenyataan yang dibacanya, mesejnya ialah mereka masih bersama.

"Kerana kami mahukan begitu, sambil kami menentang kerajaan Barisan Nasional yang sekian lama berkuasa.


"Semua pembaziran, ketirisan dan masalah negara kita ini... semua itu perkara asas. Kita semua berada pada satu platform yang sama, dan itu menjadi usaha kita, dan kita boleh terus bergerak dari sini," katanya.

Dr Wan Azizah, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian di Masjid Jamek Kampung Pelet, selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ramadan kepada 64 surau di kawasan Parlimen beliau oleh Zakat Pulau Pinang.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Zakat Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir daripada PAS, Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin.

Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, Dr Wan Azizah juga memberitahu penduduk kawasannya "semua terkawal" dan "kerja berjalan seperti biasa".

Katanya, tidak perlu dipesongkan perhatian daripada isu yang menjejaskan negara.

Ditemui pemberita selepas itu, Salleh yang merupakan wakil PAS tunggal di Pulau Pinang berkata beliau menjalankan tugasnya seperti biasa.

"Saya hanya bekerja untuk rakyat. Saya masih sebahagian kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipilih rakyat hinggalah pilihan raya umum akan datang

"Saya gembira untuk terus bekerja untuk rakyat, terutamanya pengundi saya di Permatang Pasir," katanya.

Ditanya jika partinya boleh menerima keadaan itu, Salleh berkata:"Itu juga berjalan seperti biasa. Saya masih ahli PAS."

Beliau berkata, kedudukannya sebagai Adun, pengerusi lembaga Zakat Pulau Pinang dan yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak berubah.

"Saya tidak perlu letak jawatan. Tidak perlu dipersoalkan lagi perkara itu," katanya.

Hubungan dan kerjasama 7 tahun antara PAS dan DAP dalam PR mula menuju kejatuhan selepas rang undang-undang hudud di Kelantan diluluskan pada Mac.

Apabila kepimpinan PAS yang baru, didominasi puak ulama konservatif, menerima tanpa bahas usul memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar awal bulan ini, parti demokratik itu mengisytiharkan PR tidak lagi wujud.

Di Pulau Pinang, wakil PAS yang memegang jawatan yang dilantik secara politik diminta pentadbiran yang diketuai DAP untuk melepaskan jawatan.

Kerajaan negeri juga menamatkan perkhidmatan seorang pegawai penerangan dan 2 ahli majlis daripada PAS, yang tidak meletak jawatan secara sukarela.

Selepas DAP mengisytiharkan berakhirnya PR Selasa lalu, Dr Wan Azizah berkata, PKR kesal dengan tindakan kedua-dua PAS dan DAP yang membuatkan gabungan itu tidak boleh lagi berfungsi. – 21 Jun, 2015.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top