Nuffnang

TITAH SULTAN!! Azmin Si Menteri Besar Yang Lembab!!!


Azmin oh Azmin....Mengapa kau tak faham apa yang dititahkan oleh Tuanku? Atau sengaja buat-buat tak faham supaya jawatan MB tu selamat?

Menteri Besar Negeri Selangor, Mohamed Azmin Ali mengakui mempersembahkan masalah dalaman PR yang berlaku ketika ini di peringkat nasional kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Walau bagaimanapun beliau memberi jaminan keadaan masih terkawal dan dapat menangani semua permasalahan dengan professional.

“Saya memberi jaminan kestabilan dan keutuhan Kerajaan Negeri Selangor untuk terus fokus kepada usaha memenuhi aspirasi rakyat melalui penjanaan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.



“Tuanku Sultan mengambil maklum tentang penjelasan yang saya berikan dan Baginda mahu Kerajaan Negeri Selangor terus stabil untuk membangunkan Negeri Selangor dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ia dimaklumkan ketika membentangkan urusan kerajaan sebelum mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.

Pada masa yang sama, Azmin turut memaklumkan Sultan Sharafuddin progress kemajuan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor.

Sebelum ini hangat diperkatakan, Azmin mengadakan pertemuan tertutup dengan Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan sekaligus membangkitkan spekulasi mengenai isu nasib dan masa depan kemelut PR yang bertelagah ketika ini.

Tuanku mahu tanggungjawab kepada rakyat dilaksanakan dan kerajaan negeri terus stabil dan utuh. Stabil apanya kalau kerajaan yang wujud hasil kerjasama dalam pakatan yang telah berkubur ketika ini. Abis kerajaan Selangor ni nak namakan kerajaan apa?

Kalau hubungan sesama ahli pakatan pun huru-hara, apa yang anda harapkan ke atas pentadbiran kerajaan negeri? Masing-masing mempunyai agenda dan haluan masing-masing. Mampuih bergaduh la masing-masing nak menegakkan dasar masing-masing.

Jadi buat Azmin, buktikan ikatan dan perpaduan dalam kerajaan pakatan Selangor benar-benar stabil dan utuh atau berdepan pilihanraya kecil negeri.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top