Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ORANG KETIGA : Elizabeth Nafi Punca Adira Putus Tunang!!!


Ketika ini sedang kencang khabar angin yang mendakwa penyanyi Elizabeth Tan sebenarnya menjadi punca kenapa Adira putus tunang. 

Menurut Elizabeth, Shahrul Nasrun (tunang Adira) sendiri yang memulakan langkah untuk mendekatinya ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video.

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back”

“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata Elizabeth kepada Rotikaya.

Elizabeth mengakui dia sedih dengan perkara tersebut namun dalam masa yang sama tidak mampu mengawal apa yang mahu diperkatakan oleh setiap orang.

Terpanggil dengan perkara berbangkit itu, Adira bersedia memberikan penjelasan sebenar yang dia dan Shahrul sudah tidak lagi bergelar pasangan tunang. 

Impian untuk Naib Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan ini ke gerbang perkahwinan seperti yang dihebahkan sebelum ini pada September depan nampaknya hanya tinggal kenangan. Adira yang berasal dari Sabah akhirnya merungkaikan persoalan yang ditunggu-tunggu selama ini. 

"Kami sudah putus tunang sekitar kira Mei lalu. Punca sebenarnya tiada kaitan dengan sesiapapun termasuklah penyanyi Elizabeth Tan. "Puncanya biarlah saya dan dia (bekas tunang) saja yang tahu, tak perlulah untuk saya nyatakan satu persatu. 

Saya terima ini sebagai takdir dan ketentuan yang sudah tertulis. "Saya memang serius dalam hubungan ini cuma belum ada rezeki saya untuk hidup bahagia berumah tangga. 

"Biarpun kami sudah tiada apa ikatan, saya tak pernah simpan dendam sekelumit pun di dalam hati. Saya sudah 'move on'. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Yang lepas itu biarlah berlalu dan tak perlu dikenang lagi. "Saya doakan yang terbaik untuk dia. Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun jari memohon maaf kepada ibu bapanya jika ada khilaf tingkah dan kata daripada diri yang kecil ini. Keluarganya melayan baik saya selama ini. Saya harap keluarganya halalkan makan minum saya. Terima kasih atas segala-galanya," kata Adira. 

Mengenai Elizabeth Tan, Adira berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang mensabitkan Elizabeth sebagai punca perpisahan mereka. "Saya ada menghubunginya dan berborak. Saya ambil tindakan ini supaya dia tidak rasa dirinya bersalah. 

"Kami berkawan dan jauh sekali bermusuh. Saya sendiri tak suka golongan wanita seperti kami diperkotak-katikkan oleh insan bernama lelaki," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top