Nuffnang

KEJUTAN!!!! Anwar Mohon Derhaka Dari Penjara?


Anwar tidak pernah mengenal putus asa selagi hayat masih ada. Apa saja cara akan digunakan bagi merealisasikan cita-cita dan impiannya. Tanya Tun Mahathir, tanyalah juga Pak Lah, semua ada kisah dan cerita yang masih ditutup rapat dari pengetahuan umum.

Menurut Portal Keadilan Daily, Ketua Umum KEADILAN itu akan memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan kerana tidak membebaskan beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan politik.

Anwar selaku pemohon bakal memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 11 pagi esok, 24 Jun melalui peguam N Surendran dan Latheefa Koya.


Ia difailkan bagi menuntut pembebasannya.


Penolakan petisyen Pengampunan Diraja oleh Lembaga Pengampunan dalam kes Fitnah II terhadap Anwar menyebabkan beliau kini hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Petisyen untuk mendapatkan pengampunan Diraja tersebut juga dilupuskan pada 16 Mac oleh Lembaga Pengampunan.

Dengan ini, Anwar kekal dipenjarakan.

Keluarga Anwar menghantar permohonan pengampunan Diraja itu pada 24 Februari lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, KEADILAN meneruskan usaha untuk membebaskan Anwar yang kini lebih 100 hari dipenjarakan sebagai tahanan politik.

Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar memberitahu, KEADILAN memfailkan permohonan petisyen menuntut pembebasan Anwar secara rasmi kepada Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum itu, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali pada 17 Jun lalu menyerahkan satu notis permohonan petisyen (rayuan) sebagai usaha menuntut pembebasan Anwar kepada pejabat Speaker Dewan rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

#DahKalahKalahLah
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top