Nuffnang

HINA ISLAM : Kita Merayu Di Negara Yang Islam Agama Rasminya??



Sedih...sedih...sedih!!! Apa lagi nak dikata. Inilah kesan sekularisme yang mencengkam kita hari ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan pengurus kedai buku Nik Raina Nik Abdul Aziz dalam kes penjualan buku kontroversi Allah, Kebebasan dan Cinta karya Irshad Manji.




Ketua pasukan pendakwaan jabatan itu memfailkan rayuan mereka pada 9 Mac lalu.

Susulan tindakan itu, kes tiga tahun terhadap pekerja Borders itu akan memasuki pusingan seterusnya di Mahkamah Rayuan Syariah, mahkamah tertinggi Islam di Kuala Lumpur.

Yau Su Peng, ketua pegawai operasi Berjaya Books Sdn Bhd yang memiliki kedai buku Borders ketika dihubungi mengesahkan rayuan JAWI itu.

Yau berkata pihaknya menerima notis pada Jumaat, walaupun menurut prosedur biasa ia patut dihantar kepada peguam Nik Raina, Rosli Dahlan.

'Dia (Nik Raina) difahamkan sedih berhubung perkembangan ini,” katanya.



Nik Raina pada 26 Februari lalu dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengedar penerbitan bercanggah dengan Islam.

Keputusan itu mengambil kira faktor kebajikan Nik Raina dan status rayuan pendakwa syariah kepada Mahkamah Rayuan yang hanya berada pada peringkat memohon kebenaran merayu.

Mahkamah hari itu diberitahu bahawa JAWI pada 28 Januari lalu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati serbuannya ke atas Borders pada 2012 tidak mengikut undang-undang.

Rayuan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mendapati serbuan JAWI dibuat sebelum pengharaman buku Manji.


Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa menyebar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis kontroversi, Irshad Manji, yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley. 

Nik Raina didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan denganiman) terjemahan buku tulisan Irshad yang bertajuk 'Allah, Liberty and Love' (The courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, antara 8.41 dan 9.45 malam pada 23 Mei 2012. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top