Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

GEMPAR!! Kehadiran Pasukan STAFOC PDRM Cemaskan Pengguna Jalanraya!!


Petang tadi, ramai pengguna jalan raya yang melalui jalan Rasah-Port Dickson terkejut apabila jalan ditutup kepada lalu lintas dan kelihatan sepasukan anggota polis dipercayai lengkap bertopeng dan beberapa buah kenderaan khas bewarna hitam tanpa no pendaftaran.

Musim cuti sekolah ditambah hujung minggu memburukkan keadaan apabila ramai pengguna yang melalui laluan itu terperangkap dalam kesesakan.

Namun, tanda tanya kehadiran skuad khas PDRM STAFOC itu terjawab akhirnya.

Seremban: Sekurang-kurangnya dua penjenayah ditembak mati ketika cuba melarikan diri daripada polis di kawasan semak di Jalan Rasah-Port Dickson di sini, jam 2.45 petang tadi.

Sumber berkata, terdahulu polis mengekori suspek terbabit dari arah Port Dickson menuju ke bandar ini sebelum keadaan itu disedari kumpulan suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu.

Katanya, mereka kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan dan cuba melarikan diri ke dalam hutan.

"Suspek kemudian melepaskan tembakan menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan terhadap kumpulan itu" katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengucapkan tahniah kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) kerana berjaya tumpaskan tiga penjenayah dalam kejadian itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top