Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HINA HUDUD : Dua Jabatan Siasat Aishah Tajuddin!!!


Jangan diambil mudah perbuatan sebegini. Kes video oleh wartawan BFM Aisyah Tajuddin berkenaan hudud di Kelantan yang tersebar dalam media sosial semalam kini sedang dalam siasatan dan penelitian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).


Polis melakukan siasatan di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan juga telah memohon bantuan MCMC untuk mendapatkan maklumat akaun YouTube Aisyah.

Menurut Pengerusi MCMC, Dato’ Sri Dr Halim Shafie, MCMC pula sedang menyiasat kes berkenaan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Kami telah memulakan siasatan sebaik sahaja menerima aduan daripada orang ramai berkenaan video ini dan telah menghubungi pihak PDRM untuk menghulurkan bantuan dalam siasatan,” kata Dr Halim. “Kami juga sedang meneliti sudut pelanggaran Kod Kandungan oleh BFM dalam kes ini,” tambahnya lagi.



Dalam pada itu, Dr Halim turut memperingatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau memaparkan mesej-mesej mahupun apa jua kandungan yang berbaur ugutan dalam talian kerana ianya salah di sisi undang-undang.

“Biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan dulu. Beberapa individu di Pulau Pinang telah juga membuat laporan polis berkenaan ugutan bunuh dan rogol terhadap Aisyah, dan saya difahamkan bahawa pihak polis sedang menyiasatnya,” terang Dr Halim.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top