Nuffnang

HUDUD : Berita Sedih Buat Ahli PAS, Melayu Dan Islam!!!


Seperti yang dijangka, walaupun PR berkongsi bantal yang sama, namun mimpi mereka dalam membentuk kerajaan adalah berbeza di antara mereka. Pergeseran demi pergeseran sudah tidak dapat dielakkan lagi. Idea dan keputusan yang diambil kepimpinan setiap parti menyerlahkan ketidakserasian di antara mereka. Hanya kuasa pentadbiran di negeri-negeri yang dimenangi mereka pada PRU-13 lalu yang menjadi sandaran kepada gabungan ini untuk terus kekal sehingga ke hari ini.

PKR hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.


Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan. "Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan rang Undang-undang persendirian tersebut.


Lagi Berita Menyedihkan Buat Ahli PAS

Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

"Sekiranya Rang Undang-undang Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata parti itu dalam kenyataan media bersamanya hari ini.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib presiden Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Setelah PKR mengiystiharkan pendirian mereka, kini parti itu menggesa supaya BN memberi penjelasan sama ada menyokong rang Undang-undang persendirian tersebut atau tidak. Ia berikutan, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan sekiranya diluluskan oleh kerajaan.

"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan. "Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan rang udang-undang Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.



"Justeru, PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui rang undang-undang persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," kata kenyataan itu lagi. DAP sebelum ini telah memutuskan tidak akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen.

PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi memandangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara. Malah terdapat juga seorang ahli Parlimen Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat PKR. DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37 dan 21 kerusi di Parlimen.

Sama-sama kita tunggu dan lihat sejauh mana gabungan PR ini akan terus bertahan setelah "ketiadaan Raja Putar Belit" Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top