Nuffnang

DITAHAN!! Selepas Rafizi, 2 Lagi Pemimpin PR Ditahan!!!


Yang bodoh dan sanggup dipergunakan adalah Melayu. Sedih....... Ketika DAP telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai himpunan #KitaLawan, Pemimpin-pemimpin PAS dan PKR tetap dengan pendirian mereka walaupun diberi amaran oleh pihak Polis.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan sepasukan polis dari Bukit Aman, di hadapan sebuah restoran di Lebuh Macallum, Pulau Pinang, malam tadi. 

Sumber memberitahu, penahanannya sekitar jam 12 tengah malam oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman, mempunyai kaitan dengan rancangan perhimpunan tidak sah yang akan diadakan di Dataran Merdeka, hari ini.



Selain itu, aktivis sosialis Hishamuddin Rais, turut ditahan sepasukan polis ketika menyertai sekumpulan penyokong perhimpunan itu yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Ahad lalu.

Beliau dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di mana ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan Elizabeth Wong bergegas pergi ke sana apabila mendengar mengenai tangkapannya dan Tian Chua.

Hishamuddin memberitahu melalui panggilan ke telefon yang beliau tidak tahu kenapa beliau ditahan dan beliau belum lagi diwakili peguam.

Katanya, beliau sedang menunggu kedatangan pegawai penyiasat untuk menyoalnya.

Tian Chua juga menunggu disoal polis di Dang Wangi.

Perhimpunan esok dirancang bermula di tiga lokasi - Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS - di mana peserta akan bergerak beramai-ramai dan akhirnya berhimpun di depan pusat membeli belah Sogo.

Rafizi, ahli Dewan Undangan Negeri Teja Chang Lih Kang dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa dijadualkan mengetuai perarakan dari Masjid Jamek, sementara Tian Chua, Nurul Nuha Anwar dan Mandeep Singh dari Dataran Merdeka.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top