Nuffnang

VIDEO : Mat Sabu Dan Penyokong Meroyan Ketika Ditahan Polis!!!


Panasss dan tegang. Itulah yang dapat digambarkan keadaan ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis sekitar jam 12.20 tengah malam tadi setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Mohd Salleh Man untuk minum di sebuah restoran berdekatan Pekan Sungai Dua.

Sebelum itu beliau baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Negeri di Markaz Tarbiyah Pas Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Pagi tadi beliau hadir ke Mahkamah Seksyen Butterworth pembicaraan kes Mat Indera.

Pembicaraan bersambung hari ini dengan saksi pendakwa ke 10 membabitkan Pakar Sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim.

Menurut Penolong Setiausaha Pas Negeri, Zahar Zainul, Mohamad belum sempat minum bersama mereka, pihak polis terus membawanya ke Balai Polis Seberang Jaya.

"Saya agak polis mengekori beliau dari Markaz Pas Negeri Di Pongsu Seribu lagi. Turun saja kereta Ustaz Saleh Man polis terus bertindak menahannya," katanya.

PAS menyalahkan Pakatan Rakyat disebalik tindakan pihak polis menahan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin pembangkang lain malam tadi.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, tindakan Pakatan Rakyat memperbesarkan isu hudud sejak beberapa lalu menyebabkan gabungan parti pembangkang itu menjadi lemah dan membolehkan pihak polis melakukan tangkapan itu.


“PAS mengutuk penahanan Mohamad Sabu, Tian Chua dan Rafizi Ramli dan para aktivis yang lain oleh polis. Apa yang berlaku hari ini menunjukkan Malaysia memerlukan barisan pembangkang yang kuat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Tuan Ibrahim mendakwa, Pakatan Rakyat sepatutnya memperkecilkan perbezaan dalam isu hudud terutama melibatkan rang undang-undang persendirian pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993.


Menurutnya, ia hanya sekadar usaha kecil untuk meningkatkan sedikit hukuman di Mahkamah Syariah membabitkan hukuman sebatan daripada enam sebatan kepada “sebatan yang menepati tuntutan syarak.”


“Hormatilah perbezaan kecil ini untuk membolehkan kita meraikan persamaan yang teramat luasnya. Musuh politik kita masih sama,” dakwanya.


Portal propembangkang semalam malaporkan, Mohamad Sabu ditahan di sebuah restoran di Pulau Pinang oleh polis dari Bukit Aman lengkap dengan ski mask dan senjata ketika sedang minum pada waktu malam.


Aktivitis pembangkang, Hishamuddin Rais turut ditahan oleh beberapa lelaki yang menunggang motosikal yang menariknya masuk ke dalam kereta berwarna perak di Dataran Merdeka. 



– MYNEWSHUB.cc
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top