Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MELAMPAU!!! Guru Denda 6 Pelajar Separa Bogelll!!!


Zaman telah berubah, namun ada juga guru yang tidak mengikut peredaran masa. Apa sekali alasan yang diberi, hukuman belajar dalam keadaan separuh bogel tidak dapat dimaafkan. Sebagai seorang pendidik, ada banyak lagi hukuman yang boleh diambil. 

Enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampang berdepan kejadian memalukan apabila diarah membuka seluar dan dipaksa mengikuti sesi pembelajaran hampir lima jam dalam keadaan separa bogel oleh guru sekolah itu, Rabu lalu. 

Lebih menyedihkan lagi, dua daripada empat pelajar berkenaantidak memakai seluar dalam, namun kerana patuh pada arahan, mereka membiarkan diri dimalukan tanpa rela bermula sekitar jam 10 pagi hingga 3.30 petang. 

Dimaklumkan, kesemua pelajar tingkatan satu itu dikenakan tindakan itu kerana tidak memakai seluar sukan yang dijual sekolah pada hari kokurikulum itu. Malah guru berkenaan didakwa mendesak seorang pelajar dalam kelas sama mengutip kesemua seluar pelajar itu dan diletakkan di pejabatnya di tingkat bawah bangunan sekolah. 

Bagaimanapun, atas inisiatif rakan sekelas yang simpati, mereka mengumpul wang dan membelikan seluar sukan dari pihak sekolah untuk diberikan kepada rakan mereka yang didenda. Salah seorang bapa kepada pelajar berkenaan berkata, dia menyedari kejadian itu pada hari sama, selepas anaknya menghubunginya dan meminta membawa seluar untuk dipakai. 

“Saya pelik dan terus bergegas ke sekolah sebanyak dua kali dan bertemu salah seorang guru yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada saya. 

“Saya kesal dengan kejadian itu yang betul-betul mengaibkan anak saya dan lima pelajar lain. “Tindakan yang dibuat guru itu bukan untuk mendidik, tetapi menjatuhkan maruah kesemua pelajar itu termasuk anak saya,” katanya.

Menurutnya, tidak ada dalam sistem pendidikan negara yang membenarkan golongan pendidik bertindak sedemikian ke atas pelajar. “Kesalahan mereka kecil dan tidak setimpal dengan hukuman. “Jika begini cara pendidik mengajar, saya yakin masa depan pendidikan negara hancur,” katanya. 

Pihaknya berharap agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit atas tindakan yang jelas melanggar etika kesusilaan sebagai seorang pendidik. “Akibat kejadian itu, anak saya trauma dan takut ke sekolah.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top