Nuffnang

AWASSS DAN SEBARKAN!!! Elakkan Lelaki Penghantar Bunga Ini!!!


PERHATIAN!! Sila kunci pintu pagar rumah anda. Jangan biarkan tak berkunci. Sekarang ini baru berlaku kepada kawan saya di rumahnya di Bandar Country Homes, jam 1.35 petang.



Seorang lelaki membawa sejambak bunga dan meminta kawan saya keluar dari rumah untuk ambil bunga itu. Lelaki itu kata ada orang bagi.

Bila kawan saya suruh tinggalkan je bunga itu di pagar. Tetapi lelaki itu mendesak juga untuk keluar dari rumah dan ambil bunga itu dari tangan dia.

Apabila kawan saya kata lelaki itu mungkin tersilap alamat, lelaki itu bertegas menafikan dan tetap mengatakan bahawa bunga itu sememangnya untuk kawan saya tu. Bagaimanapun kawan saya tetap enggan percaya dan keluar dari rumah.


Perkara yang sama juga berlaku pada sepupunya yang berada di kawasan yang sama pada jam 2.50 petang. Tetapi mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana pintu pagar berkunci.

Mungkin ini adalah taktik baru penjenayah untuk merompak.

Besar kemungkinan, jika mangsa yang terhidu bau bunga itu akan dipukau ataupun diacukan dengan senjata bahaya. 

Suspek menaiki kereta BMW berwarna hijau dan kini pihak polis sedang giat mencari suspek.

Sila berhati-hati dan jangan sesekali percaya pada sesiapa, sentiasa kunci pintu dan jika dipanggil oleh orang yang tidak dikenali, eloklah jangan layan.

Sebarkan untuk keselamatan bersama.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top