Nuffnang

HASUTAN!!!! Rafizi Meroyan Ditahan Polis!!!


Polis menahan naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau di media sosial yang dipercayai berbaur hasutan baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan perkara itu dan berkata penahanan itu dibuat berkaitan kenyataan beliau yang dipercayai mengundang penyokong-penyokong lain untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara.

“Beliau ditahan pada pukul 3 petang di pejabatnya di Pandan Prima dan permohonan reman akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Febuari lepas, menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bahari Azlan pada 2008 dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun. 

Selain berkumpul di kompleks membeli-belah Sogo mulai jam 4 petang seperti beberapa minggu lepas, perhimpunan esok turut bertujuan "meraikan" majlis perkahwinan anak perdana menteri di pusat konvensyen KLCC.



Mereka dijangka berarak dari beberapa lokasi sebelum menuju ke Sogo dan kemudian KLCC.

Sebelum ini Rafizi mengarahkan ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan itu esok.

Ekoran itu beliau ditahan polis di pusat perkhidmatannya atas dakwaan menghasut, petang ini.


Malam tadi, berlaku pergelutan dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba untuk menurunkan kain rentang yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Susulan itu polis menahan enam aktivis, termasuk dua wakil rakyat PKR ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top