Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HINA HUDUD!!! Stesen Radio BFM Mohon Maaf!!!



Minta maaf tetapi pertahan tindakan? Tiada niat? Kepala hotak lu!! Nak sentuh isu agama, rujuklah pada yang pakar, bukan main sembrono jer!!!


Stesen radio berteraskan kandungan bisnes, BFM, telah memohon maaf atas kip video “Projek Dialog BFMKupas” yang telah menjadi viral di internet hingga menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awam.


Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, BFM menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai niat untuk mempersoalkan tentang pelaksanaan hukum hudud, seperti yang dinilai penonton video tersebut.


“Berdasarkan komen yang kami terima di pelbagai platform, ia jelas menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka menganggap kami mempertikaikan hukum hudud. Sebenarnya, kami tidak ada niat untuk berbuat demikian.


“Kami hanya mahu pengikut kami menanyakan soalan-soalan berkaitan pelaksanaan hudud. Kami memohon maaf jika telah menyebabkan rasa kurang senang,” kata kenyataan itu.


Pihak BFM telah menarik balik siaran video tersebut berikutan maklum balas orang ramai.


BFM Media dan Projek Dialog turut mempertahankan hos, Aisyah Tajudin, yang telah menerima ugutan bunuh dan rogol. Menurut kenyataan tersebut, Aisyah merupakan hos pengganti dan bukan hos tetap.


“Dia bukan penulis skrip video berkenaan dan pandangan video yang tidak mencerminkan pendirian peribadinya mengenai isu itu,” kata mereka.


“Kami mengecam perbuatan ugutan dan ancaman teruk yang ditujukan kepada Aisyah. Ugutan sebegitu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara ini, malah tidak mempunyai tempat dalam masyarakat yang mengutamakan keamanan,” kata kenyataan tersebut.


Tambah kenyataan tersebut, video berkenaan bertujuan untuk memberikan komentar sindiran sama ada pelaksanaan hudud sepatutnya menjadi keutamaan perundangan dan pentadbiran Kelantan, terutamanya ketika menghadapi isu tekanan ekonomi dan pemulihan banjir yang dihadapi oleh rakyat negeri itu.

Difahamkan selepas video itu disebarkan secara meluas dan dikecam warga maya, Aisyah telah membuang akaun Twitter dan Facebooknya.

Sementara itu, netizen sudah menjangkakan permohonan maaf dari BFM dan mendakwa itu jalan terakhir BFM untuk menyelamatkan diri.

"Pihak jabatan agama sepatutnya mengambil tindakan terhadap BFM. Kementerian Komunikasi & Multimedia juga perlu bertindak tegas dalam hal ini." kata mereka.

Mengulas mengenai ugutan r0gol itu, ini respon mereka:

"Siapalah yang nak mer0gol dia tu.. Kalau ye pun nak mer0gol, carilah yang lebih cantik sikit," kata mereka.

Pada 19 Mac, video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" telah dimuat naik. Skrip yang disampaikan oleh Aisyah telah Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993).
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top