Nuffnang

BERSALAH!!! Mat Sabu Dan Mustafa Ali Sah Penyebar Fitnah!!!



Ptuiii.... Dua-dua tak boleh pakai. Buat malu serban dan kopiah atas kepala je. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu gagal membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya dan setiausaha agung parti itu membayar RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Lim Yee Lan, Datuk Varghese George Varughese dan Tan Sri Idrus Harun hari ini sebulat suara menolak hujahan perayu Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak boleh menyaman mereka kerana beliau ialah penjawat awam.


Hakim Lim menegaskan Wan Ahmad memfailkan saman sivil terhadap Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan Datuk Mustafa Ali, atas kapasiti peribadi.


Beliau berkata perayu bertindak dengan niat jahat apabila membuat kenyataan tanpa mendapatkan pengesahan sewajarnya. Lim kemudiannya memerintahkan mereka membayar RM10,000 sebagai kos.


Wan Ahmad menyaman dua pemimpin PAS itu pada 5 Mac 2013, mendakwa artikel diterbitkan dalam Harakah edisi 1-3 Februari berdasarkan temuramah mereka pada 29 Januari 2013 yang merujuk kepada 'Projek IC Sabah', merupakan fitnah terhadapnya.


Dalam pernyataan pembelaan mereka, Mohamad dan Mustafa menafikan memfitnah  Wan Ahmad, menyatakan kedudukannya sebagai penjawat awam terbuka untuk dikritik secara terbuka.

Pada 20 Mac, tahun lepas, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada  bekas pegawai SPR itu dan memerintahkan dua pemimpin PAS itu membayar ganti rugi RM200,000.

Kedua-dua perayu diwakili peguam Azhana Mohd Khairuddin manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun. – Bernama, 18 Mac, 2015.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top