Hmmm... pernah mengalami keadaan sebegini? Makanan yang dijamah mengandungi benda-benda kotor atau jijik seperti lipas, lalat, rambut dan sebagainya. Pasti ada kan?
Seorang pengguna Facebook mendedahkan sikap pemilik sebuah restoran yang tidak menjaga kebersihan di premisnya sehingga makanan yang dijual juga turut tercemar dengan serangga yang tidak sepatutnya.
Baca pendedahan di bawah:
Pengumuman kepada rakan-rakan. Jangan makan kat RESTORAN BBS Selayang Jaya berhampiran Maybank sebab petang tadi, saya dan rakan pergi makan di sana.
Semasa makan, saya melihat benda yang pelik di nasi yang saya tengok dengan teliti dan didapati benda itu ialah lipas.
Saya terkejut dan tanya pada pemilik (perempuan) kedai itu dan dia menjawab,
"Benda ini (lipas) semua biasa ada di restoran,"
Lagipun pemilik kedai itu tak tahu melayan pelanggan sebab semasa rakan saya menyuruhnya membersihkan premisnya itu, wanita itu marah dan melemparkan kata-kata kesat sambil dalam nada menakut-nakutkan kami yang restorannya itu juga ada lipas, cicak, tikus dan pelbagai lagi spesis serangga.
Keadaan bertambah buruk apabila wanita terbabit menghalau pengadu dan rakan-rakannya kerana terlalu cerewet dan hal kecil seperti itu.
Individu yang tidak ingin didedahkan nama itu menasihati pengguna Facebook agar tidak mengunjungi premis makanan itu untuk mengelakkan diri dari terkena sebarang penyakit yang tidak diingini.
Mohon pihak penguatkuasa Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan menyiasat perkara ini.
Pun begitu, pihak restoran juga perlu diberi peluang untuk memberikan penjelasan berhubung perkara ini. Ialah, zaman sekarang ni macam-macam cara digunakan untuk menjatuhkan imej pihak lain.
- SUMBER
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....