Nuffnang

KAH!!!KAH!!!KAH!! Azmin Flip Flop, Engkar Arahan Anwar!!!



Kah..kah...kah... Azmin Flip Flop... Azmin Flip Flop....kah..kah..kah....Tindakan terbaru Azmin ini membuktikan bahawa tarafnya tiada beza pun dengan bekas Menteri Besar Selangor yang terdahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim. Tindakan yang sama sekali membelakangkan keputusan De facto PKR, Anwar Ibrahim sekaligus mengesahkan bahawa pemimpin-pemimpin PKR hanya mementingkan diri semata-mata.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata akan meneruskan perjanjian penstrukturan semula air negeri tersebut berikutan surat dari Putrajaya yang dikatakan lebih berterima kasih kepada kerajaan negeri.

Selepas bertindak memutuskan perjanjian penstrukturan industri air Selangor dengan kerajaan persekutuan awal bulan ini, kerajaan negeri kini berlembut hati meneruskannya semula berikutan sepucuk surat yang "lebih lunak" diterima dari Putrajaya.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan kesediaannya kembali kepada terma utama perjanjian.


"Saya terima surat tersebut dan ia tidak seperti apa yang digambarkan dalam media, kerana surat menteri tersebut lebih lunak dan berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana memberi kerjasama baik dalam perjanjian air ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas program penyerahan notis 5A di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves hari ini, beliau yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, satu pertemuan di peringkat pegawai antara kementerian dan kerajaan negeri akan diadakan Isnin ini.



Pada 9 Mac, Azmin mengumumkan membatalkan perjanjian air bersama Putrajaya kerana mendakwa kerajaan persekutuan melanggar terma seperti yang dipersetujui dalam perjanjian utama yang ditandatangani September tahun lalu. – 21 Mac, 2015.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top