Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TERHEMPAS!!! Lagi Gambar Dan Video Pesawat Jupiter Indonesia Di LIMA Langkawi!!



Malang tidak berbau.... itulah nasib 2 juruterbang pesawat Jupiter milik tentera Indonesia apabila bergesel dan meletup ketika menjalani latihan sempena Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi LIMA 2015 di Langkawi.

Nahas jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat KT-1B pasukan aerobatik itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum sayap dua daripada pesawat berkenaan berlanggar lalu menyebabkan kedua-dua pesawat terhempas.

Juruterbang dan pembantu juruterbang kedua-dua pesawat Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) disahkan selamat.

Keempat-empat mereka ditemui anggota penyelamat selepas mendarat dengan payung terjun masing-masing dan dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan.

Kepulan asap dapat dilihat di lokasi kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.




















Video dari sisi lain :


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top