Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASS!!! : Anwar Meroyan Depan Hakim, Tian Chua Merusuh Bersama Penyokong!!! #Liwat2.0 #AnwarIbrahim



"Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan," tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti.

Apabila Anwar enggan, semua hakim itu meninggalkan tempat duduk mereka.




Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.

“Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah),” kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.

Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala.

Dalam pada itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima baik keputusan mahkamah itu.



Umur ayah makin lanjut dan yang menyedihkan kalau dahulu, kami melihat individu yang memayung kami terpenjara, kini, ayah yang sepatutnya kami lindungi juga mungkin dizalimi sekali lagi.
“Tiada anak yang sanggup melalui detik itu,” katanya dipetik portal Malaysian Insider.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata, kesakitan yang dialaminya bersama keluarga tidak mampu diubati apabila teringatkan pesanan ayahnya untuk tidak mengaku kalah dan meneruskan usaha reformasi negara.

“Pesanan utamanya adalah supaya kami bersedia dengan sebarang kemungkinan. Pesanan jua buat kami meneruskan perjuangan, jangan pasrah tetapi terus dengan usaha menuntut reformasi di Malaysia.

“Sudah 16 tahun berlalu, maka anak-anak sudah patut lebih arif dengan perjuangan menuntut keadilan,” katanya.

Bagi Nurul Izzah, walaupun kesedihan pernah melanda keluarganya, namun detik terindah untuk bersama buat kali terakhir tidak akan dilepaskan.

“Sebenarnya, masa kami bersama ayah penuh dengan bibit-bibit gembira dan mesra. Kelucuan, karisma, ketabahan, sindiran manja ayah, sebenarnya menjadi sumber keceriaan bukan sahaja buat mama, anak-anak tetapi jua cucu-cucu yang bertandang di Bukit Segambut,” katanya, merujuk rumah keluarga di Kuala Lumpur.

“Justeru, pahit dan luka buat kali kedua ini menerusi fitnah lemparan tidak terubat; hanya kami mampu menyandarkan harapan kepada jati diri kebenaran dan peninggalan nilai keadilan oleh ayah.”

Nurul Izzah berkata walaupun berdepan dengan hukuman penjara, beliau yakin ayahnya akan dibebaskan hari ini berdasarkan hujah pihak pembelaan.

“Sebenarnya harapan kami agak menggunung memandangkan dari segi undang-undang, khususnya penghujahan peguambela Ramkarpal Singh, Gobind Singh Deo, Sangeet dan tentunya Datuk Gopal Sri Ram.

“Tentu pembebasan ayah itu pasti,” katanya 
Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.

Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Tian Chua kini cuba merempuh sekatan Polis di belakang bangunan Istana Kehakiman.

Kelihatan pasukan FRU serta 'watercannon' sudah mula dibawa ke bahagian belakang bangunan tersebut bagi menyuraikan penyokong Pakatan yang berkumpul.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Tan Kar Hing ditahan di belakang Istana Kehakiman ketika polis cuba membawa Anwar beredar daripada bangunan itu.








Share this article

3 Komen:

  1. Setiap orang kena kembali pada Allah. Allah telah berfirman bahawa dia akan menurunkan azab yang kecil kepada mereka yang berdosa (dzolim) dan azab yang lebih besar akan menanti di akhirat. Maka bertaubatlah.

    BalasPadam
  2. ..cina kapiaq sekoq tu mmg dah melampau.. elok sumbatkan lahanat tu dgn idola la..

    BalasPadam
  3. Ramai yang berdoa dari rumah, surau, masjid sampai didepan mahkamah minta Allah swt tunjukkan kebenaran....nah, telah ditunjukkan, ada sesiapa yang berani katakan itu bukan kehendak Allah swt ???

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top