Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

AMEKKAU!!! Bekas MP Ditahan @PDRMsia



Berani buat berani tanggung la beb!!! Dah polis panggil baik-baik kau tak nak datang, jadi jangan salahkan pihak polis bila datang cekup ye...... Merasalah makan nasi free berjamaah ye. Rasa-rasa Anwar and the gang akan datang tolong tak?

Bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung tweet yang menuduh terdapat pegawai polis berketurunan India di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, bekas ahli parlimen dari PKR berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada pukul 3.30 petang selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan. 

"Dia dibawa balik ke IPD Timur Laut dan polis akan memohon perintah reman daripada mahkamah esok bagi membolehkan kami merakam keterangan serta melengkapkan siasatan," katanya di sini hari ini. Gobalakrishnan melalui twitternya pada 6 Feb menulis "Some Penang Indian police officers are strongly backing 04 gang which deals with drugs".



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status akaun twitternya semalam menyifatkan kenyataan itu sebagai tohmahan serius kepada pasukan polis dan pihaknya akan menyiasat perkara itu. 

Abdul Rahman berkata, polis membuka tiga kertas siasatan iaitu menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan. 

"Polis turut merampas telefon bimbit milik bekas ahli parlimen itu," katanya.

- SUMBER
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top