Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MENJELANG 10 FEB : Petanda Buruk - Pakar Asing Kantoi Fitnah Mahkamah!!!



Acapkali akan lahir ramai pakar baik dalam mahupun luar negara berhubung kes melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Surat ini dinafikan kemudiannya oleh Ibu Pejabat PAS

Terbaru, Pendaftar Mahkamah Persekutuan meminta barisan peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan penghujahan berhubung hukuman terhadapnya.


Sementara peguamnya menyifatkannya sebagai perkara biasa, pemerhati antarabangsa yang juga peguam diraja Mark Trowell menyifatkannya sebagai "petanda buruk".



“Perkara itu mencadangkan rayuan pembelaan terhadap sabitan dan hukuman akan ditolak. "Jika begitu, Anwar serta merta akan ditahan," katanya.


Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan terakhir Anwar mengenai kes liwat dan hukuman lima tahun penjara sebelum ini.

Sementara itu, pihak pendakwa pula merayu supaya hukuman lebih berat diberikan.


Adalah difahamkan peguam Anwar diperintah menyediakan penghujahan selepas penghakiman esok.


Seorang peguamnya Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu hari ini.


"Ia tidak semestinya petanda buruk kerana memang amalan biasa semua pihak dimaklumkan agar bersedia untuk pendengaran sebarang rayuan," katanya.


Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.


Keputusan itu menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu pada 9 Januari 2012.



Sementara itu, pihak Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengambil tindakan perundangan terhadap sesiapa yang cuba mencetuskan kekecohan berikutan keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.

“Kita memang bersiap sedia dengan kekuatan anggota yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Tidak kira penyokong Anwar atau Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan), keputusan mahkamah perlu dihormati,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Sehubungan itu, Khalid meminta penyokong kedua-dua pihak supaya tidak melakukan sebarang kekecohan dengan berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara.

Pada Selasa, Anwar yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan tahu sama ada beliau akan meringkuk di penjara atau bebas.

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggu berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, semua laluan masuk ke Istana Kehakiman akan dikawal rapi serta semua pintu pagar ‘roller shutter’ akan ditutup pada pukul 8.30 pagi Selasa.

Pihak pengurusan Istana Kehakiman melalui notis yang ditampal di bangunan mahkamah memaklumkan jalan utama hadapan bangunan Istana Kehakiman akan ditutup mulai pukul 8 malam ini.

Semua warga Istana Kehakiman diminta menggunakan laluan masuk dari arah belakang bangunan itu (Istana Kehakiman) untuk memasuki parkir kakitangan mulai pagi Selasa.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top