Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TAK PUAS HATI? Orang Kanan Azmin Letak Jawatan!!!



Baru berapa lama Azmin mentadbir Selangor ye? Tup-tap dah ada orang kanan dalam pentadbirannya yang meletak jawatan. Tak pelik ker?


Saya berharap alasan di sebalik peletakan jawatan ini tidak dijadikan spekulasi," jelas Radzi.


Setiausaha akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Radzi Razak hari ini mengumumkan perletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Radzi hari ini, beliau berkata keputusan perletakan jawatan itu dibuat atas alasan masalah kesihatan.


“Saya ingin mengumumkan saya tidak lagi mewakili kerajaan negeri Selangor sebagai setiausaha akhbar Menteri Besar Selangor.


“Selepas perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan, semua bersetuju bahawa saya perlu mencari penyelesaian berhubung masalah kesihatan saya,” katanya.


Radzi yang merupakan bekas wartawan portal Malaysiakini turut berharap agar perletakan jawatannya tidak dijadikan sebarang isu berbangkit kelak.


“Saya berharap alasan di sebalik peletakan jawatan ini tidak dijadikan spekulasi,” jelasnya.


Radzi yang juga aktivis media bersama Gerakan Media Marah (GERAMM) berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Mohamed Azmin selama hampir empat bulan sejak November tahun lalu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top