Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO PENUH : Majlis Pengebumian TG Nik Aziz.... AL-FATIHAH



Nik Aziz disemadi sebelah pusara bapa Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini hari ini. 



Jenazah dikebumikan sekitar 11.30 pagi bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas. 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi Pas lain menyertai ribuan rakyat hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. 


Terdahulu, solat jenazah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka di sini pada 10 pagi, diimamkan Abdul Hadi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di masjid itu bagi memberi penghormatan terakhir serta menyertai solat jenazah. 

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut hadir. Jenazah Nik Aziz diusung oleh anak-anaknya ke tanah perkuburan berkenaan. 


Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka di sini pada 9.40 malam tadi. 

Allahyarham yang juga Adun Chempaka dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, pada  8.40 malam. 

Sebelum ini, Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak Disember tahun lepas. - Bernama


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top