Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#Liwat2.0 : 2 MP Dan Seorang Kartunis Bakal Disiasat Polis Kerana Menghasut!!



Tweet menghasut: KPN arah Rafizi, Nga Kor Ming dan Zunar disiasat bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan siasatan dilakukan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan 1948 kerana memburukkan sistem kehakiman negara.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, Khalid menggesa Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat sebuah tweet oleh Setiausaha Agung PKR itu, petang tadi.


Beberapa jam sebelum itu, beliau turut mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming disiasat di bawah akta yang sama kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Twitter.




Pada waktu yang sama, kartunis politik, Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, turut menjadi perhatian Khalid untuk disiasat kerana memuatnaik sebuah tweet yang juga berbaur hasutan.


Kesemua tuit yang disiasat itu dipercayai reaksi individu-individu tersebut berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, 67, telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.



Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu - SUMBER 

Dalam perkembangan terkini, kartunis Zunar ditahan sepasukan lima anggota polis di kediamannya di Pantai Dalam mengikut Akta Hasutan.

Penahanan itu dimaklumkan isteri Zunar melalui facebook.

Pasukan tersebut tiba ke kediaman mereka kira-kira jam 9 malam ini.

Difahamkan, operasi itu dijalankan susulan satu arahan Ketua Polis Negara Tan, Sri Khalid Abu Bakar kepada pasukannya untuk menyiasat Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar UlHaque dan juga dua orang Ahli Parlimen (MP).

Ia ekoran kenyatan kartunis dan MP berkenaan siang tadi berhubung hukuman penjara ke atas Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim.
Share this article

1 Komen:

  1. Kenapa Zunar di tahan dengan cepat?Kenapa Nga Kor Ming masih belum ditahan padahal kenyataan NKM lagi berbahaya?Double standard?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top