Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!! Pendedahan Mengejutkan Dato Lee Chong Wei!!!



Apa dah jadi dengan BAM? Pendedahan yang dibuat oleh Dato Lee Chong Wei ini pasti mengejutkan bukan sahaja peminat dan penyokong beliau tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Ia bukannya isu berkaitan keputusan ujian doping beliau tetapi isu yang lebih besar daripada itu.

Pemain badminton negara yang juga merupakan pemain nombor 2 dunia itu semalam telah membuat satu pendedahan bahawa ramai pemain badminton di bawah naungan BAM akan meninggalkan persatuan induk badminton negara itu.

Perkara ini didedahkan berikutan skuad kebangsaan dikejutkan dengan tindakan beregu senior, Hoon Thien How dan Lim Khim Wah meninggalkan BAM atas alasan tidak boleh pergi jauh jika terus bernaung bersama badan badminton negara itu.

Lebih mengejutkan lagi, apabila Datuk LCW sendiri mengakui mungkin akan berhenti bermain badminton jika tahap kesabarannya sudah sampai kemuncak ekoran isu doping yang tidak berkesudahan sehingga hari ini.

“Bagi saya, mugkin banyak pemain mahu keluar dari BAM kerana...saya rasa mungkin (disebabkan) pentadbiran (BAM) ada masalah. Saya rasa, ramai orang tahu.

“Pertama (dalam tahun ini) Yang Li Lian (perseorangan wanita) kemudian Thien How dan Khim Wah (bertindak keluar dari BAM).

“Saya rasa ada pemain lagi beratur yang mungkin mahu beri surat untuk berhenti. Saya cuma dengar...saya tak tahu,” katanya yang dipetik dari Utusan selepas menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Chong Wei, 33, mengakui, dia kini masih boleh bersabar dengan penangguhan perbicaraan isu doping yang membelenggu dirinya dan sedia untuk memikirkan haluan sebaik saja perbicaraan selesai.

“Saya tidak tahu (tarikh) perbicaraan, terserah kepada keputusan BAM dan Institut Sukan Negara (ISN). Saya pun tak dapat maklumat (penangguhan) ini lagi. Saya tidak boleh buat apa-apa, cuma tunggu saja.

“Saya ikut saja (arahan BAM dan ISN) dan bersabar. Tengoklah, saya boleh sabar sampai bila...kalau saya tidak dapat bersabar, saya akan buat keputusan untuk berhenti.

“Saya buat keputusan untuk sabar sehingga dapat menghabiskan perbicaraan dan tengok keputusan macam mana, kemudian saya akan buat keputusan,”kata Chong Wei.

Sehingga kini, sudah tiga kali perbicaraan melibatkan pemain No. 2 dunia itu masih tertangguh dimana perbicaraan yang dijadual di Amsterdam, Belanda pada 8 Disember lalu, namun ditunda atas permintaan peguam pemain tersebut, Mike Morgan kepada 12 Januari tahun ini, sebelum ditunda lagi ke tarikh yang belum diketahui. - Siakapkeli.com.my
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top