Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Fobia Dan Takut!!! Pengakuan Najib Kejutkan Perwakilan!!!



Perdana Menteri DS Najib Razak hari ini telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan apabila secara terbuka mengakui beliau takut dan fobia untuk melakukan apa yang anak muda lakukan hari ini.

Dalam ucapannya, beliau akui adalah menjadi sesuatu yang sukar atau fobia untuk beliau mengenakan stokin merah sepertimana tren yang diikuti oleh anak muda sekarang.


Datuk Seri Najib Razak dalam majlis tersebut telah menggariskan enam perkara atau tindakan dikenali 6E yang perlu dilakukan pemimpin belia dalam usaha memperkasa anak muda di negara ini.

Perdana Menteri berkata, perkara itu ialah 'engagement' (mendekati), 'empowerment' (pengupayaan), 'education' (pendidikan dan kemahiran), 'experience' (pengalaman), 'entrepeneurship' (keusahawanan) serta 'enterprise' sosial.




"Belia ini suka didekati, bagaimana bentuknya...kita mesti wujudkan pelbagai platform, bukan yang sedia ada tidak cukup...tapi kalau kita perluaskan lagi, maka maklum balas yang diterima akan lebih komprehensif dan menyeluruh.


"Sebab itu kita buat Parlimen Belia, kita lebihkan 'engagement'. Keadaan kini berbeza, orang muda dulu dia dengar, sekarang dia bertentangan. Kalau yang ini kita tak faham, kita tak akan faham apa kita lakukan," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM Ke-63 di Hotel Istana, di sini.




Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dan timbalannya, Datuk M Saravanan, KSU KBS Datuk Jamil Salleh serta Presiden MBM, Mohamad Maliki Mohamad Rafiee.

Menyentuh pengupayaan belia, Najib memberi contoh kajian semula terhadap konsep Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan merangkumi ciri melahirkan belia yang berkemahiran, berdisiplin serta memiliki sifat patriotisme yang tinggi.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan bersedia untuk memberi lebih banyak peluang dan peruntukan tambahan kepada persatuan belia yang aktif dan berjaya melaksanakan program dan aktiviti yang bermanfaat dan berguna kepada masyarakat.

"Dalam konteks MBM (Majlis Belia Malaysia), kalau lebih aktif, lebih banyak lagi peluang tambahan akan diberikan.

"Kalau boleh ada penarafan dan penilaian diberikan terhadap program yang dibuat, buatlah program yang boleh beri manfaat dan belanjalah secara berhemat," katanya

Najib turut menyambut baik dan memuji persetujuan dicapai semua pihak terutama pemimpin belia supaya had umur belia yang kini di bawah 40 tahun diturunkan kepada 30 tahun.

Usaha itu kata beliau akan membolehkan Malaysia selari dengan penarafan standard antarabangsa yang mentafsirkan golongan belia adalah di bawah usia 30 tahun.




Dalam perkembangan lain, pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal 2015-2016 bakal menyaksikan muka baru bagi kerusi Presiden memandangkan penyandangnya ketika ini iaitu saudara Maliki Mohd Rafiee telah melepasi had umur belia.

Ketika ini, calon yang telah mengumumkan secara rasmi untuk mengambil alih teraju kepimpinan tersebut ialah saudara Muammar Ghadafi yang juga merupakan Timbalan Presiden bagi penggal yang lalu.



MBM yang secara tradisinya merupakan platform buat anak muda melonjakkan diri dalam pentas politik tanah air merupakan antara pertubuhan yang telah bertahan lama dan masih menjadi ikutan anak muda khususnya yang meminati aktiviti beruniform, rekreasi, kepimpinan dan antarabangsa.

Kepada semua perwakilan yang akan membuat pilihan pada Ahad ini, pastikan calon atau pemimpin yang bakal anda pilih terbukti mampu membawa perubahan kepada anak muda, mudah didampingi dan tidak "elitis".

Selamat Bermesyuarat Dan Selamat Mengundi....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top