Nuffnang

PELIK!!! Berbaju Kurung Menjadi Satu Kesalahan Di Sekolah???



Dalam kes ini penulis akui agak kabur mengenai peraturan pemakaian pelajar perempuan di sekolah. Tapi tak sangka la pula memakai baju kurung menjadi satu kesalahan bagi seorang pelajar perempuan. Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa, anak perempuannya dihalang untuk masuk ke kelas.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekolah baru anaknya yang terletak di Cheras, semenjak Isnin hingga hari ini.

Menurut Lawrence Jayaraj, pihak sekolah terbabit hanya membenarkan pelajar wanita Melayu sahaja memakai baju kurung.

Memetik kenyataannya dari portal The Rakyat Post, “Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya.

Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah.”

Akibat dari larangan untuk anaknya masuk ke kelas, dia terpaksa ke sekolah tersebut dan mengambil anaknya semula.

Ujarnya Lawrence lagi, isu tersebut masih gagal diselesaikan antaranya dan guru penolong kanan sekolah itu kerana dia tetap bertegas dengan peraturan tersebut.

Bukan itu sahaja, Lawrence turut mendakwa, guru terbabit menyuruhnya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan persalinan sekolah baru buat anak perempuannya.

Namun demikian, ketika kejadian berlaku, pengetua sekolah berkenaan tidak berada di situ.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan meminta pihak berkenaan membawa isu tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. – MYNEWSHUB.CC

Hmm.....sekali fikir, macam agak kelakar bunyinya. Secara logik pun, persoalan timbul mengapa pemakaian sebegitu tidak dibenarkan kepada pelajar perempuan bukan Melayu. Sopan dan manis ape berbaju kurung. Bukannya memakai pemakaian yang menjolok mata.

Dan apa yang lebih penting, pemakaian tersebut bukannya di atas paksaan mana-mana pihak sebaliknya di atas kerelaan pelajar dan keluarganya sendiri. Adakah peraturan pemakaian pelajar sekolah sampai begitu "rigid" sebegini? Bukankah ia akan lebih merapatkan jurang perbezaan antara kaum?

Undang-undang atau peraturan yang ntah apa-apa!!!
Share this article

4 Komen:

  1. PENOLONG KANAN BANGANG......BUKAN PELAJAR TU PERGI SEKOLAH PAKAI BAJU RENANG.........DIA PAKAI PUN ATAS KERRLAAN KELUARGA NYA MEMBELI BAJU KURUNG TU ( TAK SAMPAI MAKSUD 1MALAYSIA)

    BalasPadam
  2. Sekolah lain tak ada masaalah. Mungkin guru yang berkenaan ada agenda tersendiri kut.

    BalasPadam
  3. Betul ke ni?

    BalasPadam
  4. Pelajar ni pakai baju kurung tanpa tudung jadi coli dia nampak itu aja. dia kena pakai baju dalam sbb baju kurung tu putih dan agak jarang

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top