Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.
Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati.
Video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan.
Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.
Perjumpaan bersama peminat yang dianjurkan TGM Events itu menetapkan tiket dari RM199 sehingga RM799 untuk caj 'berjumpa' kumpulan berkenaan.
B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan syarikat WM Entertainment.
Kumpulan dianggotai lima ahli iaitu Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik, membuat penampilan sulung pada tahun 2011 dengan single "O.K".
Dalam pada itu, laman Twitter turut dibanjiri 'hashtag" #menentangkejahatankpop yang memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Ada yang memberikan reaksi menolak perlakuan itu dan ada juga yang menyalahkan gadis-gadis itu jerana terlalu obses sehingga mengetepikan ajaran agama.
-Astro Awani
**** Gambar dan video aksi memalukan anak gadis Melayu KLIK SINI
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....