Nuffnang

CEROBOH!!! Bot Kita Kena Letup, Habis Bot Nelayan Indonesia Ni Macam Mana???



"Bot itu didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran dan nama. Awak-awak mengaku berasal dari Tanjung Labu, Indonesia dan telah keluar ke laut pada 3 Januari lepas untuk menangkap ikan,"


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan sebuah bot nelayan bersama empat awak-awak warga Indonesia kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara pada 11 Jan lepas.


Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Abdul Razak Johan berkata bot itu ditahan di kedudukan lebih kurang lapan batu nautika dari barat Pulau Jarak oleh kapal APMM, KM Marlin.



Beliau berkata, bot sepanjang 12 meter, lebar tiga meter dan seberat tiga ton bersama empat awak-awak yang berusia antara 23 dan 45 tahun itu ditunda ke Lumut untuk siasatan lanjut.



Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1)(a) kerana disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia secara haram iaitu tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. 



Sebelum ini, Ketua Polis Sumatera Utara, Inspektor Jeneral, Eko Hadi yang menyaksikan proses penenggelaman bot nelayan Malaysia berkata : 

"Selepas mendapat kebenaran daripada ketua mahkamah daerah, kami menggunakan dinamit untuk meletup dan mengaramkan kapal berkenaan.

"Ini merupakan kali pertama polis wilayah tersebut menenggelamkan kapal asing yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan kawalan mereka," jelas Eko.

Sebelum ini, pihak berkuasa Pulau Riau bertindak membakar beberapa buah kapal nelayan haram yang memasuki perairan Indonesia untuk menangkap ikan.


Tindakan tersebut diambil sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan aktiviti pencerobohan kawasan maritim selain bagi memajukan sektor perikanan Indonesia.

Persoalannya, adakah kerajaan kita akan mengambil tindakan yang sama? Bagi penulis, tindakan yang bakal diambil nanti walau apa pun perlu lah memikirkan kesan selepas itu. Api tidak perlu dilawan dengan api. Sama-sama kita nantikan...
Share this article

2 Komen:

  1. Kalau bot negara lain biasa dibuat tukun je lebih baik dari bom bot tersebut sebab ikan pun mati terkezuttt... ha ha ha

    BalasPadam
  2. Malaysia juga harus menjaga kekayaan hidupan laut dari nelayan asing.
    bom bot nelayan Malaysia di sokong 100% sebab 99.9% adalah milik warga Malaysia yang tak tau berbahasa kebangsaan
    cuma jika boleh elakkan dari berulangnya kes bot jabatan perikanan indon yg masuk kawasan Malaysia dan menunda 2 bot nelayan Malaysia masuk ke wilayah mereka tidak lama dulu.
    tak cukup dengan kapal perang ... 3 heli pengempur bersedia menhancurkan kapal indon itu tapi ..... "NO GO" dari PUTRAJAYA !
    kalo cuma mau jaga "bintang" cukup bulan gaji/elaun masyukkkkk ... berenti lagi baik ... ingat !! amanah yg dipikul tu.. diakhirat kelak jawap la sendiri

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top