Nuffnang

TAKZIAH : MP DAP Meninggal Dunia Lagi?





Apakah ini satu petanda? Seorang MP di Sarawak yang Sedang tenat pun dari DAP... Hmmmm

Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP, Seah Leong Peng (gambar) meninggal dunia pagi ini kerana penyakit barah.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengesahkan perkara tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, lapor The Star Online.

Seah, dilantik menjadi ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila menewaskan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan 7,313 majoriti undi dalam perebutan tiga penjuru.

Mendiang memperolehi 27,399 undi sementara Mah mendapat 20,086 sementara calon bebas, K Moralingam menerima 279 undi.





Beberapa pemimpin DAP menyatakan kesedihan dan ucapan takziah di laman sosial Twitter.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han menulis dalam Twitternya:"RIP YB Seah Leong Peng kita kehilangan lagi seorang pemimpin yang baik."

Manakala Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam status Twitternya menulis:”Moga Tuhan menenangkan jiwanya dan orang yang menyayanginya.”

Mendiang sebelum ini adalah Adun Pasir Bedamar di Perak selama tiga penggal dan sebagai exco di negeri itu.

Bulan lalu, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor meninggal dunia dalam satu kemalangan di km301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar, Perak pada awal pagi selepas kenderaannya berlanggar dengan sebuah lori .

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Bukit Gelugor pada 12 Mei dan 25 Mei adalah hari membuang undi bagi mendapatkan ahli Parlimen baru menggantikan Karpal.
Share this article

3 Komen:

  1. Mamposnya seorang lagi bakal ahli neraka

    ada yg mengucapkan rest in peace kepada mereka

    namun hakikatya mereka sudah hilang aman apabila mampos dalam keadaan mensyirikkan Allah

    Harap kit siag dan anu war al juburi akan segera menyusul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confirm ke ko masuk syurga dok cakap kat orang cam tu.

      Mana ko tau die mati sebagai bukan islam pemikiran ko macam orang zaman batu.

      Ingat lah wahai anak adam .

      Padam
  2. Sekurangnya orang kafir akan masuk neraka..itu janji Allah..kita yg ini pun jangan la nak taksub sangat dengan pemimpin..lupa pada Rasullullah sebaik2 kekasih allah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top