Nuffnang

KHAIRY : Hanya Atlet Kita LAYAK Wakili Negara @khairykj @reginalah @kbsmalaysia




Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin tidak menyokong sebarang usaha mengambil ahli sukan dari luar untuk mewakili Malaysia dengan memberi kerakyatan kepada pihak berkenaan.

Beliau berkata perkara itu bukan sahaja bertentangan dengan dasar pembangunan sukan negara malah semangat kesukanan untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Pada dasarnya, saya tidak bersetuju, dasar (sukan) negara kita berbeza dengan negara jiran lain di rantau ini di mana mereka boleh memberi kerakyatan kepada mana-mana orang luar untuk mewakili negara mereka dalam sukan seperti bola sepak," katanya kepada pemberita ketika mengulas hasrat penyerang import Selangor, Paulo Rangel, untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.




Khairy, yang ditemui di Karnival Permotoran Terengganu 2014, berkata beliau amat tidak mengalakkan mana-mana usaha mengambil pemain atau atlet yang langsung tiada pertalian darah dengan rakyat negara ini.

Dalam pada itu, menyentuh sukan permotoran, beliau berkata setakat ini, Kementerian Belia dan Sukan merancang membina dua litar Sprint Test bertaraf antarabangsa di Sepang serta Muar untuk memberi galakan kepada golongan belia menyertai sukan lumba kereta secara sihat.

Khairy juga berkata rancangan itu masih di peringkat kajian bagi mengenal pasti tapak yang sesuai seperti dikehendaki dalam standard perlumbaan Sprint Test antarabangsa.

Mengulas persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 di Perlis, Khairy berkata beliau mendapat jaminan bahawa pihak penganjur berusaha memastikan semua venue siap sebelum hujung bulan ini.

Katanya, setakat ini ada dua venue yang belum siap sepenuhnya iaitu membabitkan sukan akuatik dan badminton.

Bagaimanapun, Khairy berkata beliau difahamkan kedua-duanya akan siap dalam tempoh terdekat.

"Saya diberi jaminan (oleh Menteri Besar Perlis) ia akan dapat disiapkan sebelum SUKMA bermula," katanya.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top