Nuffnang

TERSIRAT : KJ Sebagai Pengiring OBAMA

Hebat!!! Dalam begitu ramai menteri-menteri yang berstatus SENIOR, KJ juga yang terpilih sebagai menteri pengiring kepada Individu nombor satu dunia, Presiden US Barack Obama.

Terkesan bagaimana bangganya KJ (Khairy Jamaluddin) apabila dipilih oleh Perdana Menteri sebagai menteri pengiring kepada Presiden Amerika Barack Hussien Obama ke negara ini bermula pada Sabtu dan berakhir pada Isnin.





Semasa menyambut ketibaan Presiden Amerika itu di Lapangan TUDM Subang pada kira-kira 5.30 petang Sabtu, apabila bersalaman- KJ mengucapkan "Selamat Datang Tuan Presiden" disambut Obama dengan ucapan dalam bahasa melayu "Terima Kasih" seperti mana tweet KJ selepas itu.

Memang kedatangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja mengembirakan Perdana Menteri, Najib Razak kerana mendapat pengiktirafan daripada negara "super power" itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya. 

Terlihat selama tiga hari Obama di negara ini, wajah Najib nampak berseri-seri, bukan sahaja kerana kunjungan itu merupakan kunjungan bersejarah atas sebab hanya selepas hampir 50 tahun seorang Presiden Amerika tidak mengunjungi negara ini, Khairy atau KJ pula tentunya berasa paling bertuah kerana dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama sepanjang lawatannya ini. 

Kali terakhir seorang Presiden Amerika mengunjungi negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon b. Johnson. Sejak itu tidak pernah mana-mana pemimpin negara itu melawat negara ini. Berbeza dengan Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun tetapi Najib hanya setelah 5 tahun menjadi Perdana Menteri sudah berupaya meyakinkan pemimpin utama kuasa besar itu untuk melawat negara ini. 

Sepanjang Najib mentadbir negara ini pula, negara Amerika adalah antara kunjungannya yang paling kerap, bahkan di awal pemerintahannya juga, beliau juga melantik rakan karibnya, Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke negara itu dengan tujuan menjalin hubungan lebih erat antara Malaysia dengan Amerika. 

Dalam Najib merasa gembira dan bangga dengan kedatangan Obama, KJ juga sebenarnya mengalami perasaan yang hampir sama. Ini kerana walaupun KJ adalah menteri yang paling junior dalam kerajaan, tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Obama, pemimpin dunia paling berkuasa tentunya sesuatu yang menggembirakan bagi Ketua Pemuda UMNO itu. 





Timbul cakap-cakap mengapa KJ yang dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama? Kenapa tidak dipilih menteri yang lebih senior seperti Ahmad Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Hishammuddin atau lain-lainnya, sesuai dengan kedudukan Obama sebagai pemimpin sebuah negara paling berkuasa? 

Adakah pemilihan ini menunjukkan usaha menonjolkan KJ ke peringkat yang lebih tinggi? Jika kebolehan menguasai bahasa Inggeris sebagai alasan, Hishammuddin dan Nazri Aziz juga mempunyai penguasaan yang lebih kurang sama dengan KJ. 

Share this article

2 Komen:

  1. Wakakakakakakakak

    Zahid bengang cuma dapat tutur Yes Dan No saje Dan tak dipilih

    BalasPadam
  2. Zahid kalau jadi pengiring Anwar memang elok bebenar..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top