Nuffnang

PHUIYOOO!!!! TENGOK NI!!! Inilah Cara Pilihanraya BERSIH #KiraUndiDalamBilik Yang SPR Perlu Ikut!!



Setiap kali bila Pilihanraya menjelang tiba atau ketika Pilihanraya akan berlangsung, isu penipuan dalam Pilihanraya akan kita bangkitkan...

Dari pengundi hantu hingga kepada senarai pengundi yang menimbulkan berbagai keraguan pasti akan diserang habis-habisan..

Malah serangan yang bertali arus terhadap SPR dalam isu satu alamat 88 pengundi sebelum PRU13 yang lalu telah menyebabkan pihak SPR menutup laman semakan pengundi buat sementara waktu..

Tetapi... biarpun pihak kita menunjukkan kemarahan malah menuduh SPR bersekongkol dengan UMNO/BN untuk kekal berkuasa, kita juga turut menipu..

Tidakkah ini namanya HIPOKRIT??

Hasil dari maklumat ahli, pasukan pemantau PACA TS Khalid Ibrahim telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak yang telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

Ketika pihak PACA Tan Sri Khalid Ibrahim mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka yang berada didalam enggan membukanya dan dalam masa yang sama kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..

Setelah beberapa minit barulah pintu dibuka, dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dipercayai telah memangkah kertas-kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.



Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.



Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. .. Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului.





BB : Berita dan gambar bukan dipetik dari blog Pro BN tetapi Blog Pro PR Tau... KLIK SINI KALAU TAK PERCAYA!!!
Share this article

2 Komen:

  1. Kalau dah awal pemilihan pucuk pimpinan PKR pun tak bersih bolih percaya ke ? Ambiga kalau mendiamkan diri maka akan hancurlah kredibiliti BERSIH yg kununnya tersangatlah berseh itu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top