Nuffnang

Azmin Pasti Menang - BABAI Khalid!!! Ni SEBABNYA!!





Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini meramalkan tidak ada masalah bagi penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempertahankan jawatannya ekoran daripada sokongan kuat yang diterima daripada peringkat akar umbi berbanding calon lain, termasuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Utusan Malaysia melalui pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar mendakwa Azmin cukup popular di peringkat akar umbi seluruh negara dan kedudukan itu berbeza dengan Khalid yang hanya mendapat sokongan di Selangor manakala Saifuddin dilihat sekadar calon 'kacau daun'.

"Bagaimanapun, penulis diberitahu oleh sumber rapat dengan parti itu, biar apa pun cabaran dan taktik politik yang cuba digunakan musuh politik Azmin, ahli Parlimen Gombak itu dijangka tidak menghadapi masalah mengekalkan jawatannya," katanya dalam Utusan Malaysia hari ini.

"Sebab itulah apabila Anwar mengumumkan menarik diri daripada bertanding untuk kerusi presiden, kelompok ini menghantar mesej di laman sosial bahawa 'keputusan Anwar menyebabkan ada orang yang gigit jari'".Katanya, penyokong Presiden PKR Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah Anwar, Khalid dan Saifuddin mahu melihat pemilihan PKR sebagai detik mengugurkan karier politik Azmin dalam parti itu.

Katanya, kerugian yang dimaksudkan itu merujuk kepada Azmin, namun pemimpin itu sebenarnya hanyalah terlepas jawatan presiden, tetapi untuk mengekalkan jawatan nombor dua parti, beliau mempunyai peluang cerah.

Manakala Khalid pula dilihat hanya mahu memenangi jawatan timbalan presiden bukan untuk memastikan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor, bahkan untuk menyingkirkan musuh ketat beliau, Azmin.

"Kelemahan Khalid dalam menangani pelbagai isu di Selangor, termasuklah krisis air menyebabkan beliau bukan orang yang paling sesuai untuk berada di sisi Dr Wan Azizah," katanya.

Pengarang itu turut menyimpulkan bahawa pemilihan PKR kali ini menonjolkan begitu banyak kelemahan apabila wujudnya taktik politik kotor.

Katanya, yang paling terkesan adalah penyandang calon nombor dua parti itu, kerana terdapat banyak serangan peribadi yang ditunjukkan namun ia masih tidak mampu menggugat kedudukan Azmin.

"Terdapat risalah yang diedarkan, mendedahkan dakwaan skandal Azmin belum lagi mengambil kira pemasangan sepanduk bertujuan meranapkan kredibiliti Azmin.

"Bagaimanapun, tindakan sedemikian tidak mampu menggugat Azmin yang dilihat mendapat sambutan hangat setiap kali turun bertemu ahli PKR di seluruh negara," katanya.

Zulkiflee juga berpendapat pemilihan PKR dilihat bakal menjadi penentu corak kepimpinan parti itu sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Zulkiflee menyifatkan Dr Wan Azizah akan menjadi presiden PKR paling lemah sekiranya Anwar terpaksa menjalani hukuman penjara.

"Dan pada masa itu, sudah tentu Wan Azizah amat memerlukan timbalan yang dipercayai tanpa sebarang sentimen.

"Jika Azmin kekal sebagai timbalan presiden, ia bukanlah kedudukan yang selesa bagi Wan Azizah," katanya. – 26 April, 2014.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top