Nuffnang

CCTV : SEBARKAN!!!!! Penyamun Masjid Hijau (Bangi) Didedahkan!!




Di saat orang sedang sibuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid.

Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.

Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini.

Mungkin kakitangan bertugas tak sangka ada individu berhati busuk akan memasuki perkarangan masjid agaknya.

Menurut sumber tertentu, penyamun ini menaiki kereta Proton Saga berwarna emas.

Diharapkan dengan tersebarnya rakaman ini, dia akan dapat diberkas segera.

– Rem RamziSiakapKeli.com



Share this article

3 Komen:

  1. Apa lah boleh tidak berkunci...saya pun pernah marah kawan dulu masa di hotel, saya mandi, dia boleh ke parkir amik barang dia. common sense la perkara ni..jangan silap sendiri, kawan jadi mangsa.. Orang yang diamahkan perlu ada ciri2 yang munasabah naluri dan tingkahlakunya

    BalasPadam
  2. mengapa tak kunci.
    1. ini kan masjid. sape berani curi. tak takut allah ke
    2. sape curi kat masjid nanti allah sumpah
    3. sape suruh aku kunci, maka melawan aku, nanti allah kafir kan engkau.

    BalasPadam
  3. unta pun disuruh ikat dengan tali, faham-faham ajalah. itu pada zaman Rasululullah saw........

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top