Nuffnang

TANDA TANYA : Apa Khabar Nik Aziz Di HUSM? Harap Semuanya OK



Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini sejak kelmarin.

Difahamkan beliau yang berusia 84 tahun itu mengalami masalah untuk membuang air kecil.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas kini dirawat di Wad 2 Timur Depan HUSM dan dilaporkan keadaannya semakin pulih.

Bagaimanapun hasrat media untuk bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka itu gagal kerana dimaklumkan beliau mahu berehat.

Keadaan Nik Abdul Aziz sejak beberapa tahun lalu menimbulkan tanda tanya kerana sering dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan masalah kesihatan menjadi salah satu sebab beliau mengundurkan diri daripada terus menerajui kerajaan negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.- SUMBER


Dalam satu lagi laporan media (SUMBER) Kesihatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan seperti biasa dan beliau masih berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak Ahad lalu.

Anak beliau, Nik Mohd Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, memberitahu kesihatan bapanya sebagaimana biasa.




“Ayah perlu rehat jadi kami rasa di sini tempat yang sesuai untuk ayah berehat,” ujarnya beliau di HUSM, semalam.

Nik Abduh turut mengakui walaupun Nik Aziz tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan, namun orang ramai mengambil kesempatan untuk bertemu dengannya di rumah atau masjid.

“Dengan usia ayah, tenaga ayah sekarang tidak seperti dahulu lagi membuatkan ayah mudah penat,” tambah Nik Abduh.

Walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat, Nik Aziz menyentuh tentang hal ehwal dunia. Beliau mempertikaikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak membenarkan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi membina negara Islam di bumi itu.

Nik Aziz turut mengkritik Amerika yang berselindung di sebalik PBB yang tidak mengiktiraf kemenangan kerajaan Mesir di bawah Mursi.

Menurutnya, keganasan yang melanda negara itu amat tidak wajar, kerana Mesir tidak pernah mendakwa negara lain sebagai hak miliknya.

“Sekiranya Amerika atau PBB boleh mengiktiraf Israel sebagai pihak yang tidak mempunyai negara sendiri, kenapa pula tidak boleh menerima kemenangan Mursi yang berjuang di bumi sendiri?”soalnya.

Nik Aziz seterusnya berkata, tindakan yang diambil oleh rakyat negara itu untuk memilih Mursi, bukan pandangan pihak luar, sebaliknya pilihan mereka sendiri.

BB : Semoga Cepat Sembuh. Amin.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top