SELEPAS mengambil pendekatan berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara yang dilakukan oleh jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam akhirnya tampil memberikan amaran kepada jurulatih itu dan pemain Harimau Malaya.
Mungkin agak keras, namun baginda tidak mahu keputusan lain kecuali memenangi semua baki perlawanan dalam Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Asia 2015 supaya sasaran layak ke pusingan akhir terus menyala.
Kata baginda, beliau tidak akan dapat menerima apa juga alasan daripada Rajagobal sekiranya skuad Harimau Malaya gagal melepasi Kelayakan Piala Asia 2015 yang kembali bersambung 15 Oktober ini.
“Apa jua yang berlaku sekalipun, skuad negara perlu menang sekurang-kurangnya dua perlawanan menentang Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November) selepas ini sekali gus mara ke pusingan akhir.
“Selama ini saya tidak mengganggu persiapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan, kerana saya tahu mereka lebih arif, tapi kali ini mereka harus tahu tiada lagi alasan yang akan diterima.
“Justeru itu, kesemua pemain mesti berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik bagi membolehkan pasukan negara layak ke pusingan akhir di Australia,” kata baginda ketika berucap menyempurnakan Kongres Tahunan FAM ke-49 di Hotel Royal Chulan, semalam.
Untuk rekod, selepas dua perlawanan, skuad negara ketika ini menghuni tangga ketiga carta Kumpulan D dengan mengumpul tiga mata, hasil kemenangan 2-1 ke atas Yaman dan tewas 0-2 di tangan Qatar.
Anak buah Rajagobal akan meneruskan kempen kali ini dengan melayan kunjungan Bahrain di Stadium Shah Alam 19 Oktober ini sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Bahrain untuk aksi kedua pada 15 November.
Malaysia berdepan aksi kedua menentang Qatar di Stadium Shah Alam pada 19 November sebelum menutup tirai kempen berdepan Yemen pada 5 Mac.
Sementara itu, baginda juga memberi amaran kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee agar mempertahankan pingat emas sukan SEA di Myammar Disember ini bagi membolehkan beliau tidak terus berputih mata setelah melihat kegagalan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.
“Saya memang berpuas hati dengan pencapaian skuad Harimau Muda A walaupun menyedari latihan mereka di Slovakia kurang memberangsangkan, namun saya harap situasi itu tidak akan menjejaskan tumpuan pemain untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myammar nanti.
“Saya juga harap perjuangan mereka akan diteruskan untuk memenangi pingat emas kali ketiga berturut-turut (selepas Sukan SEA Laos 2009 dan Indonesia 2011) dan mereka juga harus ingat misi di Myammar penting bagi membolehkan negara tidak terus berputih mata setelah gagal dalam Piala AFF,” ujar baginda
pendapat sendiri, kalau Datuk K Rajagobal tak memimpin, skuad negara tak ada peluang pun untuk berjaya samapi peringkat terkini. Kalau nak kutuk saya silakan.....
BalasPadam