Nuffnang

Serangan Pas Kedah Buka Pekung Mereka Sendiri



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan melihat segala bentuk serangan dan isu oleh Pas Kedah terhadap kerajaan negeri itu sebenarnya membuka pekung mereka sendiri.

Menurut beliau apa yang diwar-warkan serta digembar-gemburkan bukankah menunjukkan kegagalan kerajaan lalu yang telah diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum 2008.

“Dalam situasi itu, begini sahaja yang boleh saya rumuskan yang mana kita tidak boleh bergerak ke depan dengan lancar setelah diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 lalu. Sebaliknya kita melihat ke belakang atau dengan kata lainnya ‘gear reverse‘ dengan melihat serta meneliti sebaik mungkin perjalanan kerajaan yang lalu.

“Dan kita melihat kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tidak tergesa-gesa malah jauh sekali bersifat pendendam dan sebagainya. Apakah segala serangan yang dilontarkan itu sebagai satu bentuk penghargaan kepada kepimpinan yang baru. Apa pun pelbagai serangan yang dilontarkan sebenarnya hanayalah membuka pekung mereka sendiri sebelum ini,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Langkawi seterusnya berkata janganlah jadikan isu-isu tertentu dengan tujuan untuk kepentingan politik semata-mata.

“Sebagai ‘politician’ perlulah bertanggungajwab. Kita tidak mahu hanya sekadar gah pada nama tetapi hasilnya entah ke mana. Malah 100 hari pentadbiran kerajaan baru di bawah Barisan Nasional (BN) sudah menampakkan perubahan.

“Apa pun kita tidak boleh dabik dada….Sebaliknya kita sama-sama bangunkan Kedah…Kita sama-sama dengan rakyat Kedah untuk melihat negeri ini jauh ke depan dan insyaallah kita yakin dengan usaha yang dirancang dan akan dilaksanakan kelak, Kedah bakal menuju perubahan,” ujarnya. -MediaUMNO
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top