PETUNJUK!!! Anak Arwah TKP Kastam Ada Maklumat Pembunuh Bapanya?
PETALING JAYA: Polis akan menyiasat sebarang petunjuk yang berkaitan dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan menggunakan apa jua maklumat termasuk kemungkinan bahawa pembunuhan itu dikaitkan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Kami tidak menerima maklumat itu.
"Namun, polis akan menggunakan maklumat tambahan sekiranya ia benar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan anak Shaharuddin bahawa bapanya menerima ugutan bunuh sebelum kematiannya.
Dr Ahmad Zahid berkata, siasatan masih dijalankan.
"Saya meluahkan rasa simpati terhadap keluarga Shaharuddin.
"Saya meyakinkan mereka bahawa polis akan menangkap individu yang bertanggungjawab," katanya.
Shahruddin berkhidmat di jabatan tersebut lebih 30 tahun di mana beliau digelar sebagai 'Mr Clean' kerana sentiasa komited dalam menjalankan tugasnya.
Beliau ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



khaled in turin to inspect work on maritime aircra...

polis siasat dakwaan vokalis skinhead diserang dip...

advice to senior citizens

zahid says umno s partnership in unity government ...

jaga supaya tidak terlanjur kata presiden pkr

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....