Pelajar- pelajar yang ditemui di KLIA mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan atas usaha membawa mereka balik ke tanah air.
Salah seorang pelajar perubatan tahun 1, Nik Azli b Dati Kelantan berkata agensi- agensi kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberikan taklimat yang penting semasa di Mesir terutama ketika mereka berada di Lapangan Terbang Kaherah.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada MKN yang telah berjaya mengatur perjalanan pulang mereka ke tanah air dengan selamat.
Para ibu bapa dan keluarga kelihatan sangat gembira ketika menyambut kepulangan anak- anak mereka.
Salah seorang Pelajar Perubatan yang ditemui oleh wartawan kami berkata kebimbangan mereka sekarang ialah tentang peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki dalam masa yang terdekat ini.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....