Nuffnang

AMBIGA : Sampai Bila Kerajaan Perlu Ikut Je?





Ibarat ‘cacing yang naik ke mata’ , kenyataan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga semalam yang cuba mengugut kerajaan agar segera melaksanakan semua permintaannya dilihat sungguh biadab dan kurang ajar. Dia mengatakan sekiranya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi enggan memenuhi semua tuntutan yang dikemukakan, satu lagi perhimpunan jalanan akan dilakukan sebagai tanda bantahan.


Dia yang berucap ketika majlis makan malam Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata tunjuk perasaan itu akan diadakan.

“Ini (Bersih 4.0) bukan ugutan tapi jaminan. Kami akan menganjurkannya untuk membuktikan kami serius,” katanya.

Yang peliknya, ini bukanlah kali pertama dia mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti itu. Sebelum ini bekas Presiden, Majlis Peguam itu pernah berulang kali mengugut kerajaan untuk mengadakan himpunan jalanan sekiranya tuntutan mereka terhadap SPR tidak dipenuhi.

Walaupun berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun masyarakat umum mengetahui semua gerakan Bersih adalah merupakan proksi kepada pihak pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim. Paling menarik, setiap kali mereka menganjurkan himpunan jalanan, antara alasan yang diberikan kononnya ia adalah perjuangan rakyat dan bukannya bertujuan untuk menumbangkan kerajaan.

Namun sejarah telah membuktikan, mana-mana kerajaan yang ditumbangkan bukan melalui jalan pilihan raya dan demokrasi ia akan dimulakan dengan himpunan jalanan. Lihat sahaja apa yang berlaku di negara-negara Arab seperti Mesir, Syiria, Libya dan sebagainya. Boleh dikatakan semuanya bermula dari himpunan jalanan yang berakhir dengan rampasan kuasa dan sebagainya.

Mungkin akan ada yang mengatakan, kerajaan tidak perlu panik dan melatah terhadap kenyataan itu tersebut. Tambahan pula himpunan jalanan yang diadakan sebelum ini jelas tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Dari satu sudut kenyataan tersebut ada benarnya, namun yang menjadi persoalannya ialah sampai bila kerajaan perlu dilihat tunduk ada akur dengan semua permintaan pembangkang yang jelas merepek dan tidak masuk akal.

Oleh yang demikian, kerajaan perlu mengambil langkah pencegahan bagi menghalang perhimpunan jalanan dan haram seperti itu dari terus diadakan. Tambahan pula, majoriti masyarakat dari kumpulan ‘silent majoriti’ yang jelas sama sekali tidak menyokong tindakan pihak tertentu yang berniat mencetuskan huru-hara di negara ini.

Lihat sahaja terhadap bantahan demi bantahan terhadap perhimpunan yang diadakan sebelum ini. Menurut rekod lebih kurang 2,842 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak baik orang perseorangan sehinggalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik supaya kerajaan menghalangnya daripada diadakan.

Turut menyatakan bantahan adalah 500 NGO di bawah Gabungan NGO Malaysia (GNM) yang menyertai kempen himpunan 100,000 tandatangan menentang perhimpunan haram Bersih anjuran Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

Kita bersetuju sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan hak bersuara, mereka dibenarkan untuk berhimpun selagi tidak melanggar mana-mana kesalahan. Namun sekiranya kita teliti dengan lebih mendalam, setiap kali himpunan jalanan yang mereka anjurkan pasti akan ada kesalahan yang dilakukan.

Contoh paling mudah, menggunakan anak-anak kecil di bawah umur 18 tahun yang secara jelan telah melanggar akta himpunan aman. Namun isu terbabit akan senyap di telan masa, seolah-olah tiada sebarang hukuman yang diambil terhadap mereka yang telah melakukan kesalahan.

Kerajaan juga seharusnya tidak tunduk dengan tekanan Barat yang mahukan demonstrasi haram dibenarkan atas alasan hak asasi manusia seperti desakan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International, Donna Guest yang mahu Britain dan Vatican memberi tekanan kepada Malaysia kerana telah bertindak menghalang perhimpunan haram berkenaan.

Kesimpulannya, sikap kerajaan yang dilihat seperti melengah-lengah tindakan tegas terhadap Ambiga dan semua yang terlibat telah menyebabkan mereka terus ‘galak’ dan ‘besar kepala’ untuk mengadakan himpunan jalanan yang bukan bertujuan untuk menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya hanya ingin mencetus huru-hara.

Janganlah disebabkan tindakan segelintir pihak yang kecewa kerana gagal mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri, majoriti rakyat yang mengundi kerajaan Barisan Nasional terpaksa akur dan sabar dengan kerenah kumpulan minoriti.

Apa yang ditakuti ialah, lama kelamaan, rakyat majoriti mula merasa muak dengan tindakan kerajaan yang dilihat lemah, mula memberikan sokongan kepada kerajaan. Ini kerana sebagai seorang rakyat, apa yang penting ialah memberikan amanat dan tanggungjawab kepada mereka yang benar-benar dilihat ingin membela nasib mereka.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top