Nuffnang

TERKINI!! SUSPEK TEMBAK ARWAH TKP KASTAM DITAHAN!!




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian kes tembak melibatkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 27 April lalu.

Menurut kenyataan akhbar dari Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, lelaki berumur 56 tahun itu ditangkap di Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi semalam.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk dipohon tahanan reman pada hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ,” kata Mohmad.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang bertugas Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri maut ditembak sebanyak tiga kali oleh dua lelaki bermotosikal ketika beliau menuju ke pejabatnya.

Sementara itu, dalam perkembangan kes berasingan, dua lelaki ditahan berhubung satu kes tembak membabitkan mangsa yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di Bulatan Billion, Cheras pada pagi 26 April lalu.

“Suspek berumur 35 dan 40 tahun itu akan direman sehingga Rabu ini untuk membantu siasatan kes tersebut,” katanya lagi.


Share this article

3 Komen:

  1. SEDIH BETUL AKU TENGOK MUKA ARWAH TKP KASTAM YG DITEMBAK MATI TU. DIA SEORANG YG BERSIH DARI RASUAH.... TENGOK MUKA PUN DAH TAHU DAH.
    SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA -SAMA ORG YG BERIMAN. AMIN !!!!
    PADA SAUDARA HUSAM MUSA YG MENGATAKAN BAHAWA BELIAU MENGAMALKAN RASUAH !!! NAH AMBIK KAU HUSAM!!!! ALLAH YG MAHA KUASA BALAS CASH !!!! KAU MELOPONG NAK KE PUTRAJAYA. DI KELANTAN PUN ORG PAS TAK NAK KAU !!!!!
    PEGI LAH IKUT SI ANWAR IBRAHIM YG DOK GILA MEROYAN TU!!!! KESIAN DIA !!!!!
    LEPAS NI ANWAR PUNYA VISI BUKAN NAK KE PUTRAJAYA TAPI KE TG RAMBUTAN !!!!!!! KAH! KAH!!!

    BalasPadam
  2. Jgn mendoakan org benda tak baik patut nya kita doakan agar dia jadi baik demi agama dan bangsa kita .Tak bergitu kekawan al-fatehah pada yg dah pergi maksud nya yg dah jadi arwah.

    BalasPadam
  3. Kita doakan semuga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Cuma saya tak puashati dengan kenyataan calon PAS yang kalah kat Putra Jaya itu. Ada ke patut dia tuduh arwah, sepatutnya kita doakan yang terbaik untuk arwah. Begitukah calon pemimpin yang PAS dambakan. Nak mampos. Patut juga dia kalah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top