Nuffnang

PERJUANGKAN MELAYU : Inikah Fakta Yang DAP Mahu Buktikan?


Hasil kajian 2015 yg di buat oleh Institut Darul Ehsan (IDE), badan yang terletak di bawah kerajaan negeri Selangor, ketakutan bercampur kemarahan orang Melayu terhadap DAP adalah tinggi di negeri itu, dan sentimen sama juga dipercayai berlaku di seluruh negara. 

DAP jadi bimbang kerana usaha mereka untuk mempengaruhi orang melayu semakin payah. Mereka lupa bahawa kajian ini bukan di buat di terangganu atau kelantan. Andai kata di kelantan keputusan nya lebih buruk lagi.

Dengan lantas DAP tiup trumpet untuk jadi DAP for all. DAP mula jadikan PAN kaldai politik untuk bercakap hal DAP adalah DAP FOR ALL.

PAN memulakan kempen dengan beritahu yang KERAJAAN DAP PULAU PINANG tolong melayu:

BOLEHKAH MAT SABU PERJELASKAN PERISTIWA BERIKUT:

1) PENGUSIRAN ORANG MELAYU

Di Pulau Pinang pengusiran terhadap kaum bukan cina dilakukan secara terangan dan terancang, Setakat ini melalui kejadian yang telah berlaku sebanyak 26 buah kampung melayu termasuk india telah dilenyapkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

1. Kg permatang tok subuh
2. Kg Buah Pala
3. Kg Pokok Assam,Jelutong
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal
6. Kg Batu Uban
7. Kg Tanjung Tokong
8. Kg Bagan Dalam
9. Kg Permatang Tepi Laut
10.Batu Maung
11.Kg Pulau Jelutong
12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
13. Kg Teluk Kumbar
14.Kg Dalca
15.Kg Sungai Nibong Kechil
16.Kg Tengah Jelutong
17.Kg Terang Balik Pulau
18.Kg Genting,Balik Pulau
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
21.Teluk Air Tawar
22.Kg Gagah, Bagan
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
24.Kg Selut Sg Pinang
25.Kg Siam, Pulau Tikus.
26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

2) GUNA PERBANDARAN UNTUK TUTUP PERNIAGAAN MELAYU DAN MAMAK.

Satu demi satu kawasan perniagaan orang Melayu di robohkan di Pulau Pinang. Nampaknya usaha DAP untuk menjadikan orang Melayu sebagai rakyat kelas kedua semakin lama semakin berjaya. Cuba bayangkan, warga asing pun boleh berniaga di Pulau Pinang, tetapi tiada tindakan yang diambil namun orang Melayu juga dijadikan sasaran oleh mereka.

Dengan menggunakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan ini dilaksanakan dengan bersahaja tanpa rasa bersalah oleh pihak penguatkuasa.

Bayangkan betapa luluhnya hati apabila mata pencarian mereka dimusnahkan dengan jentolak milik kerajaan negeri. Setiap kepingan zink dan batu yang dipecahkan seolah-olah menjadi tanda gelapnya masadepan mereka dibawah pemerintahan Lim Guan Eng. Ini tidak termasuk barangan perniagaan yang rosak teruk akibat kekejaman kerajaan negeri yang tidak pernah senang melihat bangsa Bumiputera kaya dan mahsyur di negeri yang diperintah oleh mereka.

Di dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh DAP, mereka kononya melaungkan slogan Malaysian Malaysia seolah-olah ingin mengatakan kerajaan persekutuan mengamalkan konsep rasisma didalam pentadbiran negara. Namun begitu kaedah “affirmative action” yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak pernah menidakkan hak mana-mana bangsa untuk mencari rezeki di Malaysia. Tidak seperti DAP yang sering menganggu perniagaan orang Melayu Islam di mana sahaja mereka berkuasa.

Walhal jika kedai orang Cina ataupun restoran milik orang Cina, letak seberapa banyak meja di luar kedai pun tidak apa. Terus dikatakan ini adalah hak mereka dan tiada penguatkuasaan pun dijalankan keatas mereka.

3) DAP ANTI ISLAM dan ANTI MELAYU

Isu Azan, Isu pengharaman tulisan jawi di papan tanda, isu bahasa Melayu dipapan tanda, Isu bahasa melayu dicadangkan menjadi bahasa kedua dalam urusan pekerjaan dan menobatkan bahasa Mandarin sebagai perantaraan. Apakah ini membantu melayu?

4. DAP SOKONG G25

DAP sokong kumpulan G25 yang mana secara terangan menuntut agar larangan larangan dalam agama Islam “DI HALALKAN”. DAP terima kumpulan ini sebagai penyumbang kepada pemikir pemikir dalam PENANG INSTITUTE.

5. MEMPOLITIKKAN TEMA HARI KEMERDEKAAN

Tema hari kemerdekaan yg lepas ialah Sehati Sejiwa namun pada awal nya kerajaan sudah mahu tetapkan tema tersendiri yg ada muatkan elemen BERSIH: walau pun akhirnya kerajaan DAP tarik balik hasrat ini tapi jelas bahwa DAP ini cuba tunjukkan sesuatu yg menentang aspirasi rakyat malaysia dan memang gemar mempolitikkan apa jua ruang yg termampu.

Pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng secara rasionalnya telah dengan sengaja menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong kerana baginda adalah juga Tuanku Sultan Kedah takkala negeri Pulau Pinang masih berstatus “negeri pajakan” dibawah hakmilik kerajaan Melayu negeri Kedah sehingga kehari ini”.

6) ISZUREE IBRAHIM

Iszuree Ibrahim merupakan Bendahari PAS Pulau Pinang dan Ketua Whip Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Pada 27 September 2014, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang selepas mengkritik projek pembangunan di Pulau Pinang. Ini berikutan ucapan kritikal beliau pada Muktamar PAS 2014. Beliau menerima surat yang ditandatangani oleh setiausaha MPPP Ang Aing Thye. Semua peruntukan untuk beliau daripada majlis itu turut dibekukan tanpa sebarang rundingan , pertanyaan dan perbicaraan lanjut.

Pemecatan itu segera dikritik oleh Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyifatkan tindakan itu sebagai pendendam walaupun ia satu kritikan membina. Dalam Facebooknya dia menulis: “Kebebasan suara mati di Pulau Pinang, apa guna Speakers Conner di Padang Kota. Pemerintahan Mao Tze Tong… penuh hasad dan dendam.”

Pada 19 September 2014, selaku perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Iszuree mempersoalkan tentang pengusiran penduduk kampung tradisional untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan baru. Kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai dasar untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang diduduki oleh setinggan, tambahan lagi ada usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan penyingkiran Iszuree sebagai “sangat drastik”.

Kelihatan tindakan DAP mutakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik. Langkah itu sangat malang untuk REFORMASI yang selama ini memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara. 

Tindakan sedemikian seolah-olah kerajaan negeri menaruh dendam terhadap PAS. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar “harga yang tidak sedikit.”

Nasrudin juga mempersoalkan kerajaan DAP yang bersikap cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik tindakan tersebut. Mungkin kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum? Nasruddin yakin isu yang dibangkitkan Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah umat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas.

Nasruddin meminta agar Timbalan Presiden PAS KETIKA ITU Mohamad Sabu dan Mujahid Yusof Rawa campur tangan dalam isu tersebut demi kepentingan umat Islam. Contohnya 102 unit rumah sewaan di Kampung Selut, Georgetown berkeluasan 4.8 hektar yang menjadi sasaran pembangunan. Sejak 1962 lagi penduduk kampung itu memohon dijadikan perkampungan tersusun. Penduduknya kini berjumlah 2000 orang. Nenek moyang mereka menetap di sana sejak 1850 lagi. Jabatan Audit Negara pernah membangkitkan hal itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut tentang tanah kampung Melayu Pulau Pinang itu. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato Mohd Rashid Hasnon patut mempertimbangkan tuntutan dan hak penduduk demi memelihara warisan tanah Melayu.

Iszuree pula menjelaskan bahawa kandungan ucapannya berdasarkan kepada memorandum yang dihantar Biro Tanah PAS Pulau Pinang, yang beliau pengerusikan, kepada Lim Guan Eng pada bulan Julai 2014. Ucapannya menggesa agar semua negeri yang ditadbir kerajaan PAKATAN perlu menghentikan sikap “menutup sebelah mata” terhadap isu bandar, terutama di Pulau Pinang di mana pembangunan dengan kelas menjejaskan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan berkenaan sejak lebih 20 tahun. Kampung yang didiami umat Islam dan bukan Islam berdepan tindakan pengusiran dan menjadi mangsa di mahkamah.

Oleh itu patut ada polisi baru sebagai kaedah yang boleh diambil kerajaan PR untuk prosedur standard operasi terhadap mana-mana perancangan pembangunan yang menjejaskan kewujudan penduduk tempatan.

Sebenarnya beliau ulang semula apa yang terkandung dalam memorandum Pas Pulau Pinang yang diserahkan sendiri Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohamad Sabu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada majlis berbuka puasa anjuran Pas negeri Julai 2014. Banyak kampung tradisional lain menjadi kerakusan pemaju seperti Kampung Selut, Kampung Ceti dan Kampung Mutiara Polisi perumahan kerajaan Pulau Pinang tidak memihak kepada penduduk. Tawaran wang pampasan yang diputuskan oleh mahkamah biasanya tidak setimpal.

Jadi lebih baik kiranya wang pampasan diganti dengan rumah. Jangan gunapakai polisi perumahan BN. Jika dibangunkan, nama asal kampung akan hilang, kariah umat Islam tidak wujud, masjid kosong dan sekaligus kampung Melayu di bandar akan pupus.

Sumber : Ibrahim Yahya, Penang.

Dipetik dari - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top