Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANIK!!! Singapura Digemparkan Dengan Beg Rakyat Malaysia

Gambar Hiasan

Seorang rakyat Malaysia, yang merupakan seorang penduduk tetap di Singapura tidak pernah membayangkan tindakan meninggalkan begnya menyebabkan kegemparan.

Individu yang hanya dikenali sebagai Wong berkata beliau meninggalkan begnya, yang mengandungi pakaian dan peralatan elektrik, di sebuah terminal bas di Queen Street, ketika menunggu giliran sambil meletakkan basikalnya Jumaat lepas.

Wong berkata beliau telah melakukan perkara itu sejak setahun lalu. Setiap hari Jumaat, juruelektrik berusia 50 tahun mengambil bas ke Johor Bahru, dan kemudian bergerak ke Kuala Lumpur untuk melawat ibu yang sudah tua.

"Saya nampak kereta polis, tetapi saya tidak sedar bahawa mereka berada di sini kerana beg yang ditinggalkan saya.

"Saya tidak jangka ia menyebabkan sebarang salah faham," beliau dipetik sebagai berkata oleh laporan berita.

Menurut Xu Wei Lin, yang berada di terminal bas pada masa itu, situasi panik akibat keganasan di Jakarta sebelum ini menyebabkan orang ramai bimbang bahawa beg itu mengandungi bahan letupan.

Situasi yang sama berlaku di Pusat Pemeriksaan Woodlands, di mana sebuah beg tangan mahal telah ditinggalkan. Ia kemudian diambil oleh pemiliknya.

Khamis lalu, letupan bom di ibu negara Indonesia telah menyebabkan lapan orang terbunuh dan mencederakan lebih 20 yang lain. Berikutan kejadian itu, negara-negara jiran seperti Singapura dan Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top