Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PENGAKUAN : Tun M Akui Terhutang Budi Dengan Tun Razak


“Amat sedih beliau diambil daripada kita amat cepat. Saya sudah tentunya bersedih kerana saya berhutang segala-galanya dengan beliau. Saya dipecat daripada UMNO dan orang yang dipecat sebelum saya tidak pernah kembali kepada parti. Karier politik mereka rosak."
“Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada UMNO malah melantik saya sebagai menteri penuh,” ceritanya dalam artikel berjudul ‘Tun Razak’, di blog Chedet.cc.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat apabila Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 1976 dan beliau sendiri banyak berhutang budi kepada perdana menteri kedua itu.

Tun Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika berusia 53 tahun.

Menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan peribadi untuk dirinya, Dr Mahathir mengakui tidak tahan berasa sedih tatkala menonton rancangan dokumentari TV mengenai kehidupan dan zaman Tun Razak yang menjadi perdana menteri dari 1970 hingga 1976.

Beliau mengimbas kembali pemecatannya dari UMNO dan bahawa orang yang dipecat sebelum beliau tidak pernah kembali kepada parti. Karier politik mereka rosak.

“Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada UMNO tetapi kemudian melantik saya sebagai menteri penuh. Saya digambarkan sebagai anak emas Tun,” kata Dr Mahathir.

Beliau memuji Tun Razak kerana memisahkan diri daripada tali ikatan Komanwel British, dan melawat Rusia dan ketika angin perubahan bertiup kencang.
“Itulah zaman yang gemilang. Pemimpin pada masa itu berdedikasi, cenderung untuk membangunkan negara dan menangani jurang perbezaan dalam masyarakat Malaysia. Tun Razak adalah orang yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata sebagai seorang doktor, beliau perhatikan bahawa pada awal lagi kesihatan Tun Razak semakin merosot.

“Pada satu majlis di bangunan Parlimen sebelum beliau berlepas ke United Kingdom, beliau menarik saya ke sebelah dan memberitahu saya bahawa beliau menghidap leukemia. Dia memberitahu saya untuk bercakap dengan doktornya, Dr Macpherson.

“Saya berbuat demikian, dan tahu bahawa tempoh keredaan sementara penyakit atau kesakitan akan menjadi pendek dan lebih pendek. Saya tetap terkejut apabila mendengar beliau telah meninggal dunia. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata Tun Razak mungkin dapat melakukan perbezaan sebenar terhadap masa depan negara yang diperjuangkannya selama ini.

Selepas kematian Allahyarham Tun Abdul Razak, Mahathir beranggapan perjalanan politiknya telah berakhir kerana beliau tidak pernah rapat dengan pengganti Allahyarham, Tun Hussien Onn.

“Tapi nyata tidak kerana Razak telah menyampaikan kata-kata yang baik untuk saya dengan Tun Hussien,” katanya. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top